Home Entertainment 5 Kdrama Yang Pernah Dibintangi Oleh Pelakon Termahal Korea, Kim Soo Hyun

5 Kdrama Yang Pernah Dibintangi Oleh Pelakon Termahal Korea, Kim Soo Hyun

0

Kim Soo Hyun adalah pelakon lelaki Korea Selatan yang mendapat bayaran tertinggi bagi setiap khidmat lakonannya. Dia sudah memulakan debut di dunia hiburan sejak tahun 2007 lagi. Pelakon tampan dan serba boleh ini kini berusia 35 tahun dan telah membintangi beberapa drama siri Korea Selatan di sepanjang penglibatannya dalam dunia seni.

Tahun ini, Kim Soo Hyun dikhabarkan akan membuat kemunculan semula dan berlakon bersama-sama dengan pelakon wanita ternama iaitu Kim Ji Won dalam drama siri Queen of Tears. Sambil menunggu drama terbarunya dilancarkan, jom kita lihat sama-sama lima buah drama siri Korea Selatan yang telah dibintangi oleh Kim Soo Hyun.

5540513f 965d 4f65 9c27 c13eaef308d01. Dream High (2011), Kim Soo Hyun membawa watak sebagai Song Sam Dong iaitu seorang murid sekolah tinggi seni yang polos dan baik serta mempunyai impian dan cita-cita tinggi untuk menjadi seorang penyanyi terkenal suatu hari nanti

0bfca5f4 a9c5 4aaf 81b0 17e8d21cfcec2. Kim Soo Hyun berlakon menjadi seorang raja yang bernama Lee Hwon dalam drama siri The Moon That Embraces the Sun (2012). Pelakon ini juga turut bergandingan dengan Jung Il Woo dan Han Ga In. Hasil lakonannya dalam drama siri inilah dia akhirnya berjaya meraih Anugerah Seni Baeksang untuk Pelakon Lelaki Terbaik Televisyen

Baca Lagi: 11 Pelakon Lelaki Yang Membawa Watak Kdrama Sageuk 2023

755b4120 b686 40f5 9fa8 0351a24004373. Melakonkan karakter Do Min Joon iaitu sejenis makhluk asing dan pensyarah tampan yang mempunyai kemampuan dan kekuatan fizikal yang luar biasa dalam drama siri My Love from the Star (2013-2014). Drama siri ini juga turut dibintangi oleh pelakon wanita cantik jelita iaitu Jun Ji Hyun

ea64ea35 2b34 42ae be65 c89f7068b2884. It’s Okay to Not Be Okay (2020), Kim Soo Hyun membawa watak sebagai seorang pekerja kebajikan dan kesihatan di sebuah hospital psikiatri

ae0f8dd5 d08d 4cfc 8ed6 744ca59fd5ea5. Membawa watak sebagai Baek Hyun Woo dalam drama siri terbaru iaitu Queen of Tears (2023), Baek Hyun Woo adalah seorang pengarah untuk kumpulan syarikat konglomerat iaitu Queen’s Group dan dia juga menjadi kebanggaan buat kampung halamannya iaitu Kampung Yongduri.

Queen of Tears masih dalam proses penggambaran, drama siri tersebut akan dapat ditonton oleh para peminat pada tahun 2023 ini juga. Nampaknya kita harus sabar menantu pengumuman tayangan drama siri terbaru Queen of Tears nanti.

Sementara menunggu drama siri terbaru ini, apa kata kita menonton drama siri Kim Soo Hyun yang lain dahulu! Peminat-peminat pelakon kacak ini pasti sudah menonton semua drama siri yang tersenarai di atas bukan?

Baca Juga: 10 Senarai Penyanyi Terkenal Korea Selatan