Home Entertainment 5 Fakta “Queen Of Masks”, Kdrama Terbaru Kim Sun Ah

5 Fakta “Queen Of Masks”, Kdrama Terbaru Kim Sun Ah

0

Pelakon veteren, Kim Sun Ah kembali ke layar skrin televisyen dengan penampilan terbarunya dalam drama bertajuk “Queen Of Masks” yang telah mulai ditayangkan sejak 24 April lalu.

Dalam drama terbarunya itu, Kim Sun Ah bergandingan dengan pelakon-pelakon hebat seperti Oh Yoon Ah, Shin Eun Jung, dan Yoo Sun.

Jom kita lihat beberapa fakta menarik kdrama “Queen of Masks” yang pasti membuatkan anda ingin terus menontonnya!

1. Jalan Cerita Yang Menarik

IMG 4618

Drama Isnin-Selasa Channel A “Queen of Masks” (2023) mengisahkan tentang 4 sahabat yang terlibat dalam pembunuhan 10 tahun lalu, mereka bertiga berbohong dan menuduh yang keempat sehingga dia dipenjarakan dan setelah itu membawa diri ke Amerika.

Setelah sekian lama bersembunyi di sebalik topeng, wanita keempat kembali untuk membalas dendam dan mendedahkan kebenaran.

Drama balas dendam ini menyajikan kisah dengki dan keinginan apabila kebenaran yang tersembunyi mula terserlah dan kemunculan seorang lelaki misteri menyebabkan porak peranda dalam kehidupan empat wanita itu.

2. Watak Kim Sun Ah

IMG 4612

Dalam “Queen of Masks,” Kim Sun Ah akan membawa watak sebagai seorang peguam hak asasi manusia terkenal yang bernama Do Jae Yi. Dia selama ini dikenali kerana suka membela kaum yang lemah. Dia juga dikenali sebagai seorang selebriti dengan lebih 400,000 pengikut di media sosial.

Walaupun dia dianggap sebagai ikon keadilan kerana dia biasanya mengambil kes keganasan seksual untuk wanita yang memerlukan, Do Jae Yi secara rahsia menggunakan kedudukan datuk bandar sebagai cagaran terhadap ahli politik yang korup.

Dalam penggambarannya tentang Do Jae Yi yang bermuka dua, Kim Sun Ah bersembunyi di sebalik topeng ketika dia bergerak ke sana ke mari antara yang baik dan yang jahat, sebagai seorang yang wanita yang baik dan licik. Do Jae Yi adalah wanita yang bercita-cita tinggi dengan harapan untuk menjadi Datuk Bandar.

Namun keinginannya itu adalah kerana insiden yang berlaku 10 tahun yang lalu, Do Jae Yi mendapati dirinya terlibat dalam kes ngeri yang berlaku di bilik suite hotel. Dimana ia telah mengubah hidupnya.

Selepas memberi tumpuan semata-mata pada persaingan dan kejayaan selama sedekad, Do Jae Yi akhirnya memutuskan untuk memakai topeng untuk menjejaki “lelaki bertopeng” misteri yang merogolnya 10 tahun lalu.

Dari satu kes, Do Jae Yi akan memulakan perjalanan balas dendam yang terdesak yang penuh dengan cita-cita, cemburu dan rahsia ketika dia memulakan perang fizikal dan mental untuk menghukum “lelaki bertopeng itu.”

Kim Sun Ah sudah tampil mengesankan dalam karya-karya sebelumnya seperti The Lady in Dignity, Should We Kiss First, Children of Nobody, Secret Boutique, The Empire, dan lainnya.

3. Watak Oh Yoon Ah

IMG 4613

Oh Yoon Ah membawa watak sebagai Go Yoo Na, seorang wanita yang hidupnya kacau sejak terseret dalam kes pembunuhan 10 tahun lalu. Setelah dipenjarakan, dia membawa diri ke Amerika dan memulakan kehidupan baru di sana.

Dia kembali setelah 10 tahun dan menghadapi tiga kawannya yang dulu meninggalkannya. Ini akan menjadi drama baru Oh Yoon Ah sejak The Undateables tahun 2018, A Pledge to God tahun 2018-2019, dan Once Again tahun 2020 lalu.

4. Watak Shin Eun Jung

IMG 4614

Shin Eun Jung pula membawa watak sebagai Joo Yoo Jung, ketua Yayasan Seni Young Woon. Namun, satu insiden pembunuhan telah berlalu menjelang hari pernikahannya yang akhirnya membawa titik perubahan hitam dalam hidupnya.

Shin Eun Jung adalah pelakon veteren yang terkenal dengan kehebatan lakonannya dan ia dibuktikan di beberapa drama hits termasuk While You Were Sleeping, Lawless Lawyer, Navillera, dan terbaru Dr. Park’s Clinic.

5. Watak Yoo Sun

IMG 4615

Akhir sekali adalah Yoo Sun dimana dia membawa watak sebagai Yoo Hae Mi, wakil presiden pertama di Hotel Mariana yang memulai kariernya dari bawah. Dia berhasil naik pangkat dari orang bawahan sehinggalah ke jawatan tinggi.

Yoo Hae Mi adalah seorang wanita yang sangat bercita-cita tinggi yang selalu berusaha untuk mendapatkan apa yang diinginkannya.

Setelah Hera: The Goddess of Revenge, Hush, Eve, dan lainnya, penampilan baru Yoo Sun di “Queen of the Mask” ini sememangnya yang paling dinanti-nantikan!


Berikut Ringkasan Maklumat Drama:

Genre: Misteri, Dendam, Thriller
Bilangan episod: 16
Penulis: Im Do-wan
Pengarah: Kang Ho-joong
Rangkaian: Saluran A
Tarikh: 24 April 2023 (Isnin-Selasa)

IMG 4617

Watak utama:

Baca Lagi: 5 Kdrama Baharu Yang Akan Ditayangkan Jun 2023

Baca Juga: 10 Kdrama Baharu Yang Akan Ditayangkan Mei 2023