Home Kdrama/Kmovie 5 Drama Korea Tentang Cinta yang Bertepuk Sebelah Tangan

5 Drama Korea Tentang Cinta yang Bertepuk Sebelah Tangan

0

Drama Korea memang sangat diminati ramai kerana selalu menampilkan sisi romantik tentang kisah percintaan yang membuatkan penonton cair hati.

Ada juga kisah cinta yang tidak kesampaian. Kisah mereka dibaluti pengkhianatan, cinta tiga segi, kecurangan, dan ada juga tentang kisah cinta yang tidak terbalas.

Rasa geram dan sakit hati ini pasti dapat dirasakan apabila menonton drama-drama Korea dibawah ini.

 

1. Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo (2016)

dfffdf03 9466 4efe 913a e7141d582960Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo merupakan drama yang diadaptasi dari sebuah novel popular. Drama ini menceritakan tentang seorang pewaris takhta bernama Wong Soo yang dibawa oleh Lee Joon-gi. Keajaiban berlaku, dia tanpa sengaja bertemu dengan Hae Aeo (IU) terlempar dari era moden ke era Goryeo.

Sebenarnya Hae Seo adalah kelahiran semula kehidupannya sebelum ini.Ketika berada di kehidupan lama Hae Aeo jatuh cinta dengan putera keempat Wang Soo. Tapi kisah cintanya tidak bahagia kerana putera itu perlu pergi meninggalkannya. Kisah cinta tanpa balasan dalam drama ini sangat menyayat hati.

Baca lagi: 5 Drama Korea tentang Putera Raja Zaman Moden, Tampilkan Kisah Menarik dan Segar

2. Princess Hours (2006)

af46c274 dae1 479b 936d 08710820f31cPrincess Hours menceritakan tentang Shin Chae-kyung yang dibawa oleh Yoon Eun-hye yang dijodohkan dengan putera Korea Selatan yang bernama Lee Shin yang dibawa oleh Ju Ji-hoo. Selain menjadi bakal suaminya, Lee Shin juga merupakan kawan satu sekolah Chae-kyung.

Dia sebenarnya sudah lama jatuh cinta pada Lee Shin iaitu lelaki yang menjadi idaman di sekolahnya dulu. Namun Chae-kyung terpaksa menerima kenyataan bahawa cintanya hanya bertepuk sebelah tangan kerana Lee Shin sudah jatuh cinta pada Min Hyo-rin yang dibawa oleh Song Ji-hyo.

Baca juga: 10 Drama Korea Paling Popular Pada Awal Tahun 2024 Berdasarkan Institut Tinjauan Good Data Corporation

3. To The Beautiful You (2012)

c4005d6b 0236 4299 93a5 b26708f852fbTo The Beautiful You menceritakan tentang seorang wanita yang bernama Koo Jae-hee yang dibawa oleh Sulli. Dia rela menyamar menjadi lelaki demi seorang atlet yang dicintainya yang bernama Kang Tae-joon yang dibawa oleh Minho.

Jae-hee menyamar sebagai lelaki kerana ingin mengembalikan rasa keyakinan diri Tae-joon yang kian hilang kerana terluka. Dia menghadapi kekecewaan kerana cintanya hanya bertepuk sebelah tangan pada Tae-joon kerana Tae-joon selalu menunjukkan sikap dinginnya di hadapan Jae-hee.

 

4. Jealousy Incarnate (2016)

bec5ce27 7ca2 4755 9dc6 2f08f43f4304Jealousy Incarnate mengisahkan tentang Pyo Na-ri yang dibawa oleh Kong Hyo-jin. Lee Hwa-sin, seorang lelaki berbakat yang dibawa oleh Cho Jung-seok.Drama ini menjelaskan tentang perasaan suka Na-ri pada Hwa-shin.

Na-ri sudah beberapa kali cuba mendekati dan menyatakan perasaan sukanya kepada Hwa-shin namun perasaan cintanya selalu ditolak. Tidak berhenti disitu, sebagai wanita yang sangat mencintai Hwa-shin, dia tak pernah berhenti dan selalu meyakinkan Hwa-shin bahawa dia benar-benar tulus mencintainya.

Baca juga: Marry My Husband dan 6 Drama Korea Lain yang Bertemakan Kecurangan, Penuh Konflik

5. She Was Pretty (2015)

Drama koreaShe Was Pretty menceritakan tentang Ji Sung-joon yang dibawa oleh Park Seo-joon, dan cinta pertamanya bernama Kim Hye-jin yang dibawa oleh Hwang Jung-eum. Ketika masih kecil, Sung-joon sangat gemuk. Bagi Sung-joon, Hyo-jin merupakan penyelamat hidupnya kerana selalu melindunginya ketika apabila dibuli.

Beberapa tahun kemudian, mereka bertemu kembali dan keadaan sudah berubah, Sung-joon yang dulu gemuk sekarang sudah mempunyai badan tegap dan kelihatan sungguh menawan. Berbeza pula dengan Hye-jin yang membesar menjadi gadis yang berwajah biasa-biasa sahaja. Hye-jin pada waktu itu seolah-olah bertepuk sebelah tangan tentang perasaan cintanya.

Kegagalan dalam bercinta bukanlah penamat bagi kebahagiaan. Bertepuk sebelah tangan dan cinta tidak berbalas memang menyakitkan. Pernahkah anda mengalaminya? Jangan lupa menonton drama-drama di atas ya!

Baca lagi: 5 Pelakon Lelaki Korea ini Pernah Bawa watak sebagai Tukang Masak, Berjaya Curi Hati Penonton
Baca juga: 4 Drama korea Tentang Bapa Saudara dan Anak Saudara, Terbaru A Shop For Killers