Home Kdrama/Kmovie 5 Drama Korea Menggunakan Latar Lapangan Terbang, Kisah Romantik dan Skandal Curang

5 Drama Korea Menggunakan Latar Lapangan Terbang, Kisah Romantik dan Skandal Curang

0

Lapangan terbang merupakan tempat yang penuh dengan cerita. Di tempat ini, berlaku banyak pertemuan dan juga perpisahan yang penuh kisah menarik.

Lapangan terbang juga merupakan salah satu lokasi yang banyak ditemui dalam drama Korea. Terdapat beberapa buah drama Korea menggunakan tempat ini sebagai latar tempat untuk cerita-cerita yang dihidangkan.

 

1. One Way to the Airport

Drama koreaDrama Korea ini mengisahkan tentang Choi Soo Ah (Kim Ha Neul), seorang pramugari senior yang berkahwin dengan juru terbang bernama Park Jin Seok (Shin Sun Rok). Soo Ah selalu merasa kesepian kerana suaminya memiliki tabiat buruk. Dia suka menjalin hubungan pendek dengan pramugari lain. Sementara itu, Seo Do Woo (Lee Sang Yoon) adalah seorang arkitek yang mempunyai kehidupan rumah tangga yang sedang di ambang keretakan. Suatu ketika, Soo Ah dan Do Woo saling berjumpa dalam sebuah hubungan gelap.

 

2. Where Stars Land

4b74a3b8 2dcc 40d7 bd66 3d7314831bb9Where Stars Land mengambil latar di Lapangan Terbang Incheon. Yeo Reum (Chae Soo Bin) dan Soo Yeon (Lee Je Hoon) bekerja di bahagian perkhidmatan penumpang. Kedua-dua mereka memiliki masalah dengan pekerjaan masing-masing dan mengalami situasi yang agak janggal ketika perlu bekerja bersama. Namun, mereka belajar untuk saling membantu dan mengisi hati satu sama lain dan akhirnya mula tumbuh rasa cinta.

 

3. The Beauty Inside

eb1d9fef 8647 4c7f aa0e 209e08d84ea6The Beauty Inside mengisahkan tentang Han Se Gye (Seo Hyun Jin) yang mempunyai kebolehan unik. Dia boleh berubah keadaan menjadi orang lain setiap sebulan sekali. Keadaan berupa wanita atau lelaki, dari usia tua hingga muda dan kejadian ini bertahan hingga seminggu.

Perkara itu membuatkan kerjayanya terancam. Terdapat CEO tampan dan kaya raya dari syarikat T Road Airline bernama Seo Do Jae (Lee Min Ki) yang terlibat dengannya. Akibat satu kejadian, mereka terpaksa berpura-pura bercinta. Menariknya, Do Jae juga memiliki keadaan unik yang menyebabkannya tidak boleh mengenali wajah orang lain.

 

4. Sweet Stranger and Me

90ce76cf b783 4e97 b21e beca2e0ca3dbSweet Stranger and Me adalah drama Korea yang ditayangkan pada 2015 dan
membawa genre komedi romantik. Siri ini menceritakan tentang Hong Na Ri (Soo Ae) yang bekerja sebagai pramugari. Suatu masa, dia mengunjungi kubur ibunya di kampung halaman. Di sana, dia bertemu dengan seorang lelaki muda bernama Go Nan Gil (Kim Young Kwang) yang mengaku sebagai ayahnya.

 

5. Take Care Of Us, Captain

365f5c35 c94b 48fd a3b8 70eabe872ab8Drama Korea ini menceritakan tentang juru terbang wanita bernama Han Da Jin (Ku Hye Sun). Dia kehilangan ayah dan ibunya dalam sebuah tragedi pesawat terhempas. Dia perlu bekerja keras untuk mencari nafkah. Suatu hari, dia berpeluang menjadi co-pilot untuk Kapten Yoon Sung (Ji Jin Hee). Namun, Da Jin perlu menghadapi ejekan dan sering diremehkan kerana statusnya sebagai seorang juru terbang wanita. Dia perlu membuktikan kemampuan dirinya!

Menarik bukan? Jika anda belum menonton drama-drama yang disenaraikan di atas, jangan lupa untuk mencari masa terluang untuk menonton ya!

Baca lagi: Filem “Alienoid 2” Lebih Mengujakan Berbanding Yang Pertama
Baca juga: 5 Drama Korea Sedih Pasti Menumpahkan Air Mata