Home Entertainment 4 Watak Di “Destined With You” Berpotensi Menghadiahkan Plot Twist Kepada Penonton

4 Watak Di “Destined With You” Berpotensi Menghadiahkan Plot Twist Kepada Penonton

0

Drama yang sedang trending “Destined with You” semakin rancak menyajikan plot yang tidak dijangka dalam pertengahan tayangannya.

Kutukan yang selama ini membuatkan kehidupan Jang Shin Yu (Rowoon) tidak tenang, mulai diragukan kebenarannya dalam drama siri Destined With You ini.

Selain itu banyak watak yang seakan merahsiakan identiti sebenar mereka, sangat mencurigakan!

Siapakah watak-watak tersebut, yang berpotensi memberikan kejutan dan plot twist dalam drama Destined with You? Jom ikita semak ulasan dibawah ini ya!

1. Kim Wook (Lee Tae Ri)

Destined with you

Sejak dari awal episod Destined With You, Kim Wook merupakan watak yang selalu berada di sisi Jang Shin Yu (Rowoon). Dia adalah rakan kongsi Shin Yu yang selalu kelihatan tenang dan memahami Shin Yu. Namun kekadang tindak-tanduknya juga nampak mencurigakan.

Salah satu adegan di mana Kim Wook mula mendekati Ibu Shin Yu, iaitu Song Yoon Joo (Jung Hye Young) secara emosional dan bertindak seolah memahami perasaan ibu Shin Yu. Kim Wook dilihat semakin kerap bertembung dengan ibu Shin Yu semenjak wanita itu sering bertengkar dengan suaminya.

 

2. Na Jung Beom (Ahn Sang Woo)

IMG 4866

Na Jung Beom menjadi karakter paling mencurigakan dalam Destined With You. Pada awalnya dia kelihatan begitu baik kepada Lee Hong Jo (Jo Bo Ah). Namun semakin lama, tindakannya semakin berlebihan sehingga membuatkan Hong Jo merasa rimas dan kekok. Na Jung Beom juga semakin berani menyentuh tanpa segan silu dan meluahkan perasaannya kepada Hong Jo.

 

3. Yoon Na Yeon (Yura)

IMG 4867

Pada awal episod, pastinya ramai penonton merasa simpati dengan watak Yoon Na Yeon kerana Shin Yu mulai berubah hati. Namun sayang, ketulusan yang selama ini dia tunjukkan kepada Shin Yu ternyata bohong belaka. Dia menjalinkan hubungan gelap bersama seorang lelaki simpanan yang belum diketahui identitinya.

Apa alasan Yoon Na Yeon berkeras untuk berkahwin dengan Shin Yu walhal dia telah memiliki segalanya? Siapa pula lelaki simpanan yang menjadi tempat Na Yeon melepaskan kemarahan dan melempiaskan nafsunya itu?

 

4. Eun Wol (Kim Hye Ok)

IMG 4868

Semua kunci dari kutukan dan misteri masa lalu diketahui oleh Eun Wol. Sebagai dukun yang telah lama menemani keluarga Shin Yu, dia juga turut terlibat kerana menyimpan rahsia besar. Dia bahkan mengatakan Shin Yu dan Hong Jo adalah takdir yang tidak dapat dihindari. Adakah kejutan lain yang harus mereka hadapi nanti?

Pelbagai misteri yang bakal untuk dirungkai episod akan datang. Deretan karakter di atas juga pastinya terlibat dengan bagaimana misteri ini akan diselesaikan.

Baca lagi: Pening Dengan Ending “A Time Called You”? Ini 5 Penjelasannya
Baca juga: 5 Fakta Menarik The Kidnapping Day, Thriller Black Komedi Wajib Ditonton