Home Entertainment 4 Filem Original Netflix Pada Ogos Ini, Pelbagai Genre

4 Filem Original Netflix Pada Ogos Ini, Pelbagai Genre

0

Setiap bulan, filem original Netflix selalu dinantikan oleh para penonton. Filem-filem ini diproduksi oleh Netflix sendiri atau hak distribusinya dipegang eksklusif oleh platform ini. Pada bulan Ogos 2023, Netflix telah menyediakan dengan filem terbarunya yang rugi jika para penonton terlepas pandang.

Berikut merupakan empat buah filem Netflix yang akan ditayangkan bermula Ogos 2023. Dari genre komedi hingga misteri, semuanya ada untuk anda!

1. The Monkey King (2023)

6ee7a53d d8c7 4a4e b0a9 77516d44500b

The Monkey King merupakan filem animasi komedi yang diarahkan oleh Anthony Stacchi. Filem ini diinspirasikan dari cerita rakyat Cina tentang Sun Wukong, seekor monyet yang menjadi dewa. The Monkey King ini mengikuti pengembaraan Sun Wukong sewaktu dia berusaha untuk mengalahkan 100 syaitan dan menyelamatkan dunia.

Sun Wukong adalah seekor monyet yang tinggal di Gunung Huaguo. Dia dihukum oleh para dewa untuk menetap selamanya di gunung tersebut. Ini kerana pemberontakannya pada masa lalu. Bertahun-tahun kemudian, seorang gadis bernama Lin membebaskan Sun Wukong dari hukumannya.

Lin meminta bantuan Sun Wukong untuk mengalahkan 100 syaitan yang telah menyerang kampung mereka. Sun Wukong setuju untuk membantu Lin dan mereka memulakan perjalanan untuk mengalahkan para syaitan. The Monkey King tayang di Netflix pada 18 Ogos 2023 nanti.

 

2. Heart of Stone (2023)

3d756282 1b2c 4725 ad1c 878754aa43f0

Heart of Stone merupakan filem aksi pengembaraan yang diarahkan oleh Tom Harper. Ceritanya adalah mengenai Rachel Stone (Gal Gadot), seorang ejen rahsia yang sangat terlatih. Dia sedang menjalankan misi menghentikan seorang penggodam mencuri senjata mereka yang paling berharga dan berbahaya.

Rachel ditemani oleh rakan barunya, Jack of Hearts (Matthias Schweighöfer), seorang ejen yang sama terlatih dan berbakat seperti dirinya. Rachel dan Jack bekerja sama dan menghadapi berbagai rintangan yang penuh bahaya. Mereka nekad untuk menyelamatkan dunia. Heart of Stone tayang di Netflix pada 11 Ogos 2023.

 

3. Killer Book Club (2023)

c32d9af6 00e0 4e64 9cc2 d2c053d25660

Filem seram misteri Sepanyol ini diarahkan oleh Carlos Alonso Ojea. Killer Book Club menceritakan tentang lapan orang pelajar yang membuka kelan buku. Setiap minggu, mereka berkumpul dan berkongsi minat yang sama terhadap karya sastera seram. Mereka juga melakukan berbagai-bagai perkara pelik dengan kostum hantu, yang ternyata berakhir dengan kecelakaan dan tragedi.

Selepas itu, anak-anak muda ini diancam oleh penulis anonim yang ingin merungkau rahsia kelam mereka. Pengintip misteri itu mengancam akan menerbitkan novel seram berdasarkan kisah mereka. Dengan terbitnya setiap bab di media sosial, salah seorang dari mereka akan mati. Kelab buku ini perlu berjuang untuk bertahan hidup. Setiap dari mereka boleh menjadi mangsa seterusnya, bahkan mungkin salah seorang dari mereka adalah pembunuh sebenar. Killer Book Club tayang di Netflix pada 25 Ogos 2023.

 

4. You Are So Not Invited to My Bat Mitzvah (2023)

Netflix
Filem komedi remaja ini diarahkan oleh Sammi Cohen berdasarkan novel dengan judul sama pada 2005 hasil karya Fiona Rosenbloom. Ceritanya berkisar tentang dua orang remaja perempuan, Stacy dan Lydia, yang merancang Bat Mitzvah. Bat Mitzvah merupakan ritual Yahudi untuk perempuan yang hendak memasuki usia dewasa sebagai simbol bahawa remaja tersebut bukan kanak-kanak lagi. Dua sahabat ini selalu memasang impian untuk mengadakan acara Bat Mitzvah yang epik. Namun, suasana mula menjadi kacau ketika seorang remaja lelaki muncul dan berpotensi merosakkan segalanya. You Are So Not Invited to My Bat Mitzvah tayang di Netflix pada 25 Ogos 2023.

Kesemua filem original Netflix yang tersenarai di atas bakal menemui anda pada bulan Ogos 2023 ini, mula dari genre aksi, komedi, hingga misteri. Dari cerita dewa monyet sakti, ejen rahsia, hingga kelab penggemar buku yang menyeramkan!

Anda tertarik untuk menonton filem yang mana satu? Jangan lupa menonton filem-filem ini nanti!

Baca juga: 4 Filem Baharu Menarik di Netflix pada Ogos 2023
Baca lagi: Junho 2PM Membintangi Kdrama Superhero Netflix