Bagi pencinta filem dengan ketegangan tinggi, genre thriller sentiasa menjadi pilihan yang memacu adrenalin. Namun, sensasi itu terasa lebih mendalam apabila menyelami dunia gelap serta penuh kejutan dari filem thriller Jepun. Kekuatan sinematik negara matahari terbit ini bukan sahaja terletak pada visual, tetapi juga pada kedalaman psikologi watak-wataknya.
Netflix sebagai platform penstriman terbesar kini menawarkan pelbagai pilihan filem thriller Jepun yang rugi jika dilepaskan. Dari kisah pembunuhan, perjudian ekstrem, penyamaran, hinggalah korupsi dalam pemerintahan – semuanya dipersembahkan dengan gaya khas Jepun: elegan, dingin, dan kejam.
Jika anda sudah bosan dengan formula thriller Hollywood yang mudah dijangka, 13 siri dan filem thriller Jepun di bawah ini akan memperkenalkan satu dimensi baharu dalam pengalaman menonton ketegangan. Inilah senarai lengkap karya yang telah menggoncang penonton di seluruh dunia.
1. FACELESS (2024)

Kisah Keiichi Kaburagi, seorang banduan yang melarikan diri daripada hukuman mati selepas dituduh membunuh seisi keluarga. Diburu detektif Seigo Matanuki yang kejam, pelariannya membawa kepada pertemuan dengan orang-orang yang mula percaya bahawa dia tidak bersalah. Filem thriller ini menonjolkan sisi kemanusiaan seorang pelarian yang berjuang untuk hidup di bawah tekanan undang-undang dan pandangan masyarakat.
2. CITY HUNTER (2024)

Mengisahkan detektif persendirian Ryo Saeba yang mahu membalas dendam atas kematian rakannya, Hideyuki Makimura. Bersama Kaori Makimura, mereka menyiasat pembunuhan itu hingga terjerumus dalam dunia jenayah penuh tipu muslihat dan bahaya. Sarat dengan aksi tembak-menembak dan drama emosi ala detektif Jepun.
3. THE VILLAGE (2023)

Yu Katayama tinggal di Kamonmura, sebuah kampung indah yang kini menjadi tapak pembuangan sampah. Dia bekerja di sana demi melunaskan hutang ibunya. Kehadiran kembali teman lamanya, Misaki, mula mengubah hidup Yu sambil membuka misteri-misteri gelap yang menghantui masa lalunya.
Baca juga: 30 Filem Seram Thriller dan Misteri Korea Menarik, Khas Untuk Peminat Filem Seram
Baca lagi: 12 Filem Thriller Korea Penuh Kejutan, Misteri, Psikologi dan Plot Twist
4. LUMBERJACK THE MONSTER (2023)

Seorang peguam dingin, Akira Ninomiya, menjadi sasaran pembunuh bersiri bertopeng yang menggunakan kapak untuk membelah kepala dan mengambil otak mangsa. Kes ngeri ini turut menyeret tunangnya sendiri. Filem thriller ini menghidangkan ketegangan psikologi yang semakin menekan hingga identiti pelaku terungkai.
5. BAD LANDS (2023)

Dua beradik, Neri dan Joe, menjalankan penipuan telefon untuk melangsaikan hutang judi Joe. Namun, setelah berjaya mengumpul wang, masalah mereka menjadi lebih parah apabila dunia jenayah mula memburu mereka. Satu gambaran tentang betapa sukar keluar dari kancah jenayah yang nampak mudah dimasuki.
6. HARD DAYS (2023)

Detektif Yuji Kudo menutup kematian akibat kemalangan yang dilakukannya dengan cara mengejutkan – menyembunyikan mayat dalam keranda ibunya. Dalam masa sama, dia disiasat atas kes penggelapan. Keadaan bertambah rumit apabila seorang pegawai polis, Yazaki, mengetahui rahsianya. Filem thriller yang diadaptasi dari filem Korea ini sarat dengan dilema moral dan tekanan psikologi.
7. USOGUI (2022)

Baku Madarame, digelar Usogui, bertarung dalam dunia judi haram demi menguasainya. Dia berdepan mafia serta gangster dalam pertaruhan bukan sahaja wang, tetapi juga nyawa. Sarat dengan strategi, tipu daya, dan suasana tegang yang tak berkesudahan.
8. HELL DOGS (2022)

Shogo Kanetaka menyamar ke dalam dunia Yakuza untuk mencari pembunuh kekasihnya. Demi menyusup ke lingkaran dalaman organisasi, dia harus melalui pelbagai ujian kepercayaan. Namun, dia berdepan Hideki Murooko, pemimpin muda yang kejam dan tidak terkawal. Kisah pertembungan antara keadilan dan dendam peribadi.
9. HOMUNCULUS (2021)

Susumu Nokoshi menjalani eksperimen trepanasi dan mula melihat sisi gelap orang lain dalam bentuk visual mengerikan yang disebut homunculus. Filem ini mengupas trauma psikologi melalui visual seram yang disturbing, menantang minda serta empati penonton terhadap isu kesihatan mental.
10. THE FOREST OF LOVE (2019)

Berdasarkan kisah benar, filem ini mengisahkan Murata Jo, seorang penjahat karismatik yang memperdaya dua wanita untuk menyertai projek filemnya. Namun niatnya hanyalah untuk mempermainkan psikologi mereka sehingga terjebak dalam jenayah keji yang mengerikan.
11. RE/MEMBER (2023)

Asuka Morisaki terperangkap dalam kitaran masa di mana dia perlu mencari potongan tubuh rakan sekolahnya yang terbunuh. Hari yang sama berulang sehingga misteri terungkai. Adaptasi daripada manga Karada Sagashi, filem ini menggabungkan horor ghaib dengan teka-teki kematian yang menegangkan.
12. BULLET TRAIN EXPLOSION (2025)

Filem ini membawa premis klasik dengan sentuhan moden, ancaman bom dalam kereta api laju Jepun. Shinkansen Hayabusa No. 60 menjadi pusat ketegangan apabila bom dikatakan akan meledak jika tren bergerak lebih daripada 100 km/jam. Filem ini menampilkan keberanian dalam situasi cemas, dengan visual autentik hasil kerjasama East Japan Railway Company.
Dari dunia jenayah ke psikologi yang mengganggu, setiap filem thriller ini menjanjikan pengalaman menonton yang tidak dapat dilupakan. Jika anda pencinta thriller sejati, senarai ini wajib berada dalam tontonan Netflix anda!








