Home Kdrama/Kmovie 13 Drama Korea Tentang Gadis Berhati Dingin dan Tiada Perasaan, Ada Rahsia...

13 Drama Korea Tentang Gadis Berhati Dingin dan Tiada Perasaan, Ada Rahsia Tersendiri

0

Drama Korea tentang watak lelaki yang menyebalkan dan dingin (tsundere) sudah biasa ditonton bukan? Sekarang, drama Korea mengenai gadis yang keras hati dan dingin juga tidak kurang hebatnya dan sangat menarik. Tambahan pula, biasanya watak-watak gadis ini ditampilkan penuh dengan misteri dan memiliki sisi ‘gelap’ yang membuatkan penonton semakin ingin tahu.

Berikut ini adalah pilihan drama Korea tentang gadis berhati dingin yang boleh anda tonton. Watak-watak gadis ini memang nampak kuat seolah-olah tidak langsung mempedulikan orang lain, tetapi sebenarnya mereka mempunyai sisi penyayang yang tidak diketahui.

Baca juga: 11 Watak dalam Drama Korea 2024 Sengsara kerana Perbuatan Ibu Bapa Mereka

1. Yeon Soo yang sangat dingin dan Choi Ung yang berjiwa bebas dalam Our Beloved Summer (2021) adalah kisah cinta paling berbekas di hati. Sudah menonton?

 

 

2. Sering memilih watak gila-gila, Lee Sun Kyung keluar dari kebiasaan dan menjadi gadis yang dingin dengan latar belakang yang menyakitkan dalam Call It Love (2023)

 

 

3. My Liberation Notes (2022) adalah drama Korea yang menampilkan watak gadis berhati dingin. Yeom Mi Jeong yang sangat tertutup juga membuatkan keluarganya kekok dan canggung

 

Baca juga: Kerjaya Han So Hee Dijangka Menghadapi Cabaran Berikutan Kontroversi Cintanya

4. Walau dipikat secara habis-habisan oleh lelaki yang lebih muda darinya, tetapi Yoon Song Ah dalam She Would Never Know (2021) sukar untuk terbuka hati

 

 

5. Love Revolution (2020) adalah drama Korea yang berlatarkan sekolah. Ja Rim yang kelihatan cool bercinta dengan Joo Young yang gila-gila

Baca lagi: 8 Watak Menantu Keluarga Chaebol dalam Drama Korea 2024, Tertekan atau Bahagia?

 

IMG 9387

6. Dengan dihiasi tema fantasi, My Demon (2023) bukan drama biasa-biasa. Drama komedi romantik ini berjaya mencairkan hati penonton

 

 

7. Jangan lupa untuk menonton My Mister (2018). Watak Lee Ji An seperti tembok tinggi yang sukar untuk ditembusi

 

 

8. Tomorrow (2022) adalah kisah mengenai sekumpulan makhluk luar biasa yang diketuai oleh Koo Ryeon, gadis dingin dan tegas yang mempunyai masa lalu yang kelam

 

Baca juga: 4 Drama Korea Tentang Perkahwinan, Kisah Curang dan Kahwin Kontrak

Drama korea

9. Kim Ji Won memang pakar bawa watak dalam drama Korea dengan kisah gadis yang dingin. Dalam Queen of Tears (2024), dia bawa watak sebagai Hae In yang digelar ice girl

 

 

10. Angkat isu tentang buli, Song Hye Kyo akhirnya berani ambil watak dengan sisi yang ‘dark’ dalam The Glory (2022)

 

 

11. Why Her (2022) adalah tentang peguam wanita dan cita-cita

 

 

12. Bitch x Rich (2023) adalah drama yang sangat berbaloi untuk ditonton. Yeri Red Velvet merupakan gadis kaya yang menyebalkan

 

13. Bertemakan zombie apocalypse, All of Us Are Dead (2022) menonjolkan watak gadis yang dingin melalui lakonan Choi Nam Ra

Apabila bosan dengan drama yang menampilkan pelakon lelaki tsundere, drama Korea dengan watak gadis yang dingin ini menampilkan watak yang lebih segar. Anda sudah menonton?