Pelbagai siri yang mengangkat tema undang-undang sudah lama membanjiri pasaran, disini kami ingin berkongsi cadangan tontonan Netflix berkaitan profesion peguam yang mungkin masih belum diketahui ramai.
Bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga membuatkan anda berfikir bersama watak-watak utamanya, berikut ialah senarai siri Netflix tentang dunia guaman yang mempunyai jalan cerita menarik dan sangat rugi jika dilepaskan. Jom semak senarainya!
1. Suits (2011)

Untuk anda yang mencari siri bersiri panjang tetapi tidak membosankan, Suits sangat sesuai. Ditayangkan sehingga musim kesembilan, siri Netflix ini mengisahkan tentang firma guaman elit dan pelatihnya yang menyimpan rahsia besar, dia sebenarnya tidak pernah tamat pengajian undang-undang!
Tonton treler di sini:
2. Making a Murderer (2015)

Sebuah siri dokumentari tentang kehidupan sebenar Steven Avery, yang mengisahkan proses perundangan yang kompleks dan penuh keraguan. Dengan dua musim penuh bukti dan teori mengejutkan, siri Netflix ini membuatkan anda tidak senang duduk.
Tonton treler di sini:
3. Billions (2016)

Siri ini mengetengahkan watak Chuck Roades, seorang pendakwa raya berprofil tinggi yang bergelut dengan pertarungan kuasa dan strategi politik melawan golongan elit kewangan. Jalan ceritanya penuh konflik undang-undang, psikologi, dan permainan minda, sesuai dimasukkan dalam senarai tontonan anda!
Tonton treler di sini:
4. Lawless Lawyer (2018)

Siri Korea ini memaparkan watak utama yang menggunakan penumbuk dan kelicikan undang-undang untuk memperjuangkan keadilan. Penuh aksi dan penuh dengan permainan kuasa, Lawless Lawyer pasti memenuhi citarasa anda yang gemar drama teka-teki.
Tonton treler di sini:
5. Legal High (2019)

Diadaptasi daripada drama Jepun dengan tajuk yang sama, versi Korea ini menampilkan peguam dengan gaya pelik tetapi sangat bijak menyelesaikan kes. Legal High memberi sudut pandang baharu tentang dunia guaman dengan sentuhan komedi, sinikal dan kritikan sosial.
Tonton treler di sini:
6. Touch Your Heart (2019)

Satu lagi drama Korea tentang peguam, tetapi kali ini dengan suasana yang lebih ringan dan romantik. Touch Your Heart mengisahkan bekas pelakon terkenal yang menjadi pembantu kepada seorang peguam serius, penuh momen comel dan menyentuh hati.
Tonton treler di sini:
7. For Life (2020)

Berdasarkan kisah sebenar, siri ini mengisahkan seorang lelaki yang dipenjarakan seumur hidup atas jenayah yang tidak dilakukannya. Namun, dia belajar undang-undang dalam penjara dan menjadi peguam bagi membela dirinya dan banduan lain. Sebuah kisah yang menyentuh dan penuh inspirasi.
Tonton treler di sini:
8. Hyena (2020)

Hyena mengisahkan dua peguam dengan gaya hidup dan prinsip berbeza yang sering bersaing dalam menangani kes-kes besar. Kisah mereka sarat dengan manipulasi, strategi dan percaturan yang membuatkan penonton tak henti-henti meneka langkah seterusnya.
Tonton treler di sini:
9. Vincenzo (2021)

Siri yang pernah tular ini menampilkan Song Joong Ki sebagai seorang peguam mafia dari Itali yang kembali ke Korea. Vincenzo menggabungkan unsur guaman, mafia, komedi gelap dan aksi penuh gaya, dan berjaya menawan hati penonton di seluruh dunia.
Tonton treler di sini:
10. Inventing Anna (2022)

Mengisahkan tentang seorang wartawan yang menyiasat kisah Anna Delvey, seorang wanita muda yang menyamar sebagai pewaris hartawan dan berjaya menipu golongan elit New York. Siri ini membongkar bagaimana sistem undang-undang dan media boleh saling mempengaruhi.
Tonton treler di sini:
Melalui pelbagai siri Netflix ini, anda bukan sahaja dapat mengenali sisi gelap dan menarik profesion peguam, malah dapat menyelami konflik moral, strategi licik, dan perjuangan menegakkan kebenaran.
Antara semua yang disenaraikan, siri Netflix mana yang membuatkan anda tak sabar untuk menonton dan menyiasat sama-sama kes-kesnya?








