Home Entertainment 10 Selebriti Korea Yang Berkahwin Dengan Warga Asing

10 Selebriti Korea Yang Berkahwin Dengan Warga Asing

0

Siapakah 10 selebriti Korea yang telah berkahwin dengan pasangan warga asing?

Pada 30 Januari 2023, Song Joong Ki membuat pengumuman tentang perkahwinannya dengan Katy Louise Saunders iaitu buah hatinya yang berdarah British campuran Columnia. Bukan hanya berita perkahwinannya, dia juga berkongsi berita bahagia bahawa pada waktu itu kekasih pujaan hatinya sedang hamil.

a040ba1d a030 47f7 be85 30e0c9aa3872

Selain bintang drama siri Vincenzo (2021) ini, terdapat juga beberapa selebriti Korea Selatan lain yang juga menjalin hubungan cinta dengan warga asing. Jom kita lihat siapakah selebriti tersebut:

3c3cfb19 5640 4331 aa3d 1f0827a80f111. Perkahwinan Kim Jung Min dengan bekas penyanyi dari negara Jepun iaitu Rumiko Tani ternyata sangat bahagia dan masih berkekalan sehingga ke hari ini. Ikatan perkahwinan mereka telah terjalin teguh selama hampir 17 tahun

d7d758c5 4acd 4a60 bc87 25863103fea32. Song Joong Ki kini sedang bahagia dan sedang menanti kehadiran anak pertama dengan buah hatinya yang berasal dari England iaitu Katy Louise Saunders

8d268507 8e3e 434e a123 bd9bea000f893. Taikun kaya raya yang berasal dari negara Thailand iaitu Saraut Rachanacun berkahwin dengan Shin Joo Ah iaitu pelakon wanita ternama Korea Selatan pada tahun 2014

2b0bdfb6 57e2 45c8 a067 714f34d8da8f4. Pada 5 Ogos 2022, penyanyi rap Benzino telah rasmi mendaftarkan perkahwinannya dengan Stefanie Michova yang berasal dari Jerman selepas 7 tahun menyulam hubungan percintaan

Baca Lagi: 17 Drama dan Filem Shin Hyun Soo, Leftenan Lee dari “Duty After School”

396b72f2 e045 4a9c 8eab 2d5b7be2f4415. Pelakon Little Women (2022), Choo Ja Hyun dikurniakan cahaya mata hasil dari perkahwinannya dengan pelakon dari Cina yang bernama Yu Xiaoguang pada tahun 2017

f5aad070 956d 4538 9b03 3ee3e37a53d86. Busan International Film Festival 2008 menjadi acara bersejarah yang menemukan Lim Sung Min dengan jejaka dari Amerika Syarikat yang bernama Michael Unger yang kini telah sah menjadi suaminya

7ad03998 3615 48da 803a 1343b0a54fd17. Pemain bola sepak terkenal Korea Selatan iaitu Park Joo Ho dikurniakan tiga orang anak yang comel semuanya hasil perkahwinannya dengan warga negara Switzerland yang bernama Anna Park

12749c1d 287a 460e af1b 34285456a50c8. Berbeza kewarganegaraan dan juga berbeza jarak usia yang agak jauh tidak menjadi penghalang buat cinta Ham So Won kepada bekas trainee idola yang berasal dari negara Cina iaitu Jin Hua

8aea6e8d a90b 4659 b4a6 0995860cd13d9. Pelakon komedi Jeong Jun Ha terpaut dengan pramugari dari Jepun. Kedua-duanya memutuskan untuk mendirikan rumah tangga dan kini mereka dikurniakan seorang cahaya mata yang sangat comel

2b5e50fa 1712 4256 be1a 578168dca68c10. Pada usia 24 tahun, Sunye membuat keputusan untuk berkahwin dengan jejaka berketurunan Korea-Kanada yang bernama James Park. Hubungan pasangan ini sangat bahagia dan mereka dikurniakan tiga orang anak

Perbezaan budaya dan bahasa tidak membuatkan cinta tulus antara selebriti-selebriti Korea dan pasangan mereka terhalang. Walaupun berbeza negara, mereka tetap berkahwin dan menghadapi semua cabaran bersama-sama. Semoga perkahwinan pasangan-pasangan ini tetap harmoni dan sentiasa bahagia!

Baca Juga: 13 Watak Wanita Yang Paling RED FLAG dan Menyakitkan Hati dalam Kdrama