Home Anime 10 Manga Shonen Jump Terbaik dan Popular, Kegemaran Berjuta Peminat

10 Manga Shonen Jump Terbaik dan Popular, Kegemaran Berjuta Peminat

0

Shonen Jump adalah majalah manga yang sangat terkenal di Jepun. Majalah ini diterbitkan oleh Shueisha, dan dikenali kerana telah menerbitkan berbagai-bagai siri manga popular.

Majalah Shonen Jump pertama kali terbit pada tahun 1968. Diterbitkan secara mingguan, Shonen Jump telah menghasilkan banyak sekali manga terkenal hasil karya para seniman terbaik di negara sakura tersebut.

Selama puluhan tahun, sudah sangat banyak manga yang diterbitkan di Shonen Jump. Terdapat beberapa buah manga yang paling terkenal dan diangkat menjadi anime. Jom kita lihat senarai pilihan dibawah!

 

1. One Piece (Eiichiro Oda)

04b84f99 3d14 4167 9cc1 2c97a1337df5Dipetik dari Gamerant, One Piece kini masih menjadi manga terlaris sepanjang masa. Karya Eiichiro Oda ini merupakan salah satu manga Shonen Jump terbaik. One Piece terbit pertama kali di Shonen Jump pada Julai 1997. Kini One Piece masih terus berjalan dan entah bila akan tamat, walau sudah memasuki Final Saga.

 

2. Dragon Ball (Akira Toriyama)

Shonen jumpDragon Ball debut di Shonen Jump pada Februari 1986. Menariknya, Dragon Ball bukanlah karya pertama Akira Toriyama di Shonen Jump. Karya pertama Akira Toriyama adalah Dr. Slump yang terbit pada 1980. Namun, Dragon Ball adalah karya yang jauh lebih terkenal dan membawa nama Akira Toriyama semakin bersinar dan dikenali.

 

3. Gintama (Hideaki Sorachi)

4f794a50 0c68 42e4 87e9 38b7a951126cDi negara Jepun dan beberapa negara lain, Gintama sangat terkenal kerana keunikan jalan cerita, dan juga komedinya. Gintama pertama kali muncul di Shonen Jump pada tahun 2003 dan berakhir pada tahun 2019.

 

4. Naruto (Masashi Kishimoto)

299d27f2 d0cb 4a9c 9d4a 7e3ed7f9b10dSudah pasti Naruto juga masuk dalam senarai ini kerana manga yang dicipta oleh Masashi Kishimoto ini sangat popular di seluruh pelosok dunia, termasuk Malaysia. Naruto debut di Shonen Jump terbitan September 1999. Cerita Naruto tamat pada November 2014 setelah berjalan selama 15 tahun.

 

5. Hunter x Hunter (Noriyuki Abe)

e8d0ce01 5176 469a 916d 82a95242a6b9

Walaupun Hunter x Hunter sekejap ada, sekejap tiada, tetapi popularitinya tetap konsisten sejak pertama kali terbit pada 1998 sampai sekarang. Sayangnya, Hunter x Hunter kembali menghilang sejak 2018 yang lalu. Siri anime sudah dibuat sebanyak dua kali iaitu versi 1999 dan 2011.

 

6. Slam Dunk (Takehiko Inoue)

47bc97c9 438f 4799 b52c 71a84abd30f0Slam Dunk boleh dikatakan sebagai salah satu manga sukan terbaik dari Shonen Jump. Slam Dunk telah menghasilkan budaya popular di Jepun dengan memperkenalkan sukan bola keranjang kepada anak-anak muda di negara itu. Penerbitan Slam Dunk di majalah Shonen Jump berlangsung pada 1990–1996.

 

7. Rurouni Kenshin (Nobuhiro Watsuki)

487b4b87 d3e1 4ded 8d87 bf6d7ccc104dRurouni Kenshin adalah manga yang terbit di Shonen Jump dari 1994–1999. Populariti Rurouni Kenshin cukup tinggi di era 90-an, begitu juga dengan animenya yang pernah ditayangkan di kaca TV beberapa buah negara. Manga dan anime yang mengisahkan seorang samurai di zaman Meiji ini diangkat ke dalam lima buah filem layar perak yang dibintangi oleh Takeru Sato.

 

8. My Hero Academia (Kohei Horikoshi)

37a667ff c91f 4dbf 9c96 19d3103b3f0aInilah manga Shonen Jump yang masih berlanjutan sampai sekarang sejak terbit pertama kali pada tahun 2014. My Hero Academia adalah manga dan anime moden yang masih mempertahankan formula shonen klasik, baik dari segi cerita mahupun karakter. Walaupun masih menggunakan formula shonen tradisional, My Hero Academia berjaya cemerlang dan mempunyai ramai peminat setia.

 

9. Death Note (Takeshi Obata & Tsugumi Ohba)

MangaDeath Note menjadi salah sebuah manga dengan jalan cerita yang paling genius. Manga Death Note hanya memiliki 12 volume dengan waktu terbitan dari 2003–2006. Walaupun kisahnya boleh dikatakan pendek, tetapi Death Note telah menjadi salah sebuah anime terbaik dan paling kontroversi. Mengejutkan apabila banyak terjadi kes jenayah di berbagai-bagai negara yang dianggap dipengaruhi oleh manga dan anime ini.

 

10. Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba (Koyoharu Gotouge)

MangqPopulariti Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba memang sudah tidak dapat diragukan lagi. Manga ini terbit pertama kali di majalah Shonen Jump pada tahun 2016, dan rasmi tamat empat tahun selepas itu. Siri dan filem animenya sendiri berjaya membuat ramai orang terpukau dengan pengembaraan Tanjuro dalam memburu iblis jahat. Demon Slayer mengisahkan tentang Tanjuro Kamado yang perlu menghapuskan iblis selepas hampir seluruh keluarganya terbunuh oleh iblis jahat.

Sudah semestinya, masih banyak manga Shonen Jump lain yang popular dan tidak kurang hebatnya. Tetapi, manga-manga yang tersenarai di atas mempunyai populariti yang sangat tinggi dan juga ramai peminat setia.

Baca lagi: 17 Sai: Manga Berdasarkan Jenayah Kejam Sebenar Jepun
Baca juga: 6 Filem Hollywood Ini Diinspirasikan Dari Siri Anime