Home Entertainment 10 Kdrama Popular Yang Sudah Mencecah Usia 10 Tahun Pada 2023

10 Kdrama Popular Yang Sudah Mencecah Usia 10 Tahun Pada 2023

0

Pernah meraih populariti dan digilai pada masanya, drama My Love from the Star yang pertama kali ditayangkan 10 tahun yang lalu masih diingati sampai ke hari ini. Malahan kenyataannya, masih ramai peminat yang ulang tonton drama siri lagenda yang dibintangi oleh Kim Soo Hyun dan Jun Ji Hyun tersebut hingga waktu ini.

Pastinya perkara ini menunjukkan bahawa drama siri My Love from the Star memiliki tempat tersendiri di hati para penonton.

Selain drama siri lagenda tersebut, berikut merupakan beberapa drama siri popular dengan rating tinggi yang kini sudah berusia 10 tahun pada tahun 2023. Apakah tajuk drama siri-drama siri popular tersebut?

ef63442e 4f6b 4c06 a7d8 fdefc2eb17951. Mengisahkan tentang kehidupan cinta wanita Korea yang menjadi permaisuri era Dinasti Yuan di Cina, drama siri The Empress Ki pernah mencatat rating yang amat tinggi iaitu 29.2 peratus

313b94ef 0f77 40b0 b536 6b88d5eef61e2. Drama siri fantasi My Love from the Star pernah memperoleh rating 28.1 peratus sewaktu ditayangkan. Drama siri ini mengisahkan tentang makhluk asing yang jatuh cinta pada seorang pelakon wanita

Baca Lagi: Rindu Kang Tae Oh? Jom Semak 14 Fakta Menarik Tentang Dirinya

7db4c682 0d52 47b8 b53e 582f727fd4493. Drama siri I Can Hear Your Voice mengisahkan tentang seorang jejaka yang mempunyai kekuatan luar biasa. Drama siri ini masih disukai hingga ke hari ini

0f7f933d 600b 406e ae20 fdce26d6aa834. Menceritakan tentang kisah asmara wanita yang mempunyai kemampuan untuk melihat hantu dan seorang CEO yang berwatak buruk, drama siri The Master’s Sun wajib di ulang tonton!

db25c509 95f8 4603 a4c2 a98f8a8cf9045. Menceritakan tentang kisah seorang doktor lelaki yang genius yang mengalami kesukaran untuk berkomunikasi, drama siri Good Doctor berjaya menggondol anugerah di Baeksang Arts Awards

0c4ed018 2a07 4c41 87f2 ce9a3f55fff46. Bercerita tentang seorang jejaka yang langsung tidak mempercayai cinta, drama siri Secret Love yang dibintangi oleh Ji Sung dan Hwang Jung Eum juga sangat popular pada waktunya

125a7165 055b 4882 9166 30c7febe66bf7. Menceritakan tentang kisah asmara seorang jejaka yang istimewa separuh harimau dan separuh manuisa, drama siri Gu Family Book masih menjadi salah sebuah drama siri yang sangat popular pada tahun 2013

f9f63310 5900 4dc8 a192 39397deffaaa8. Melalui keserasian yang sangat menjadi antara Jo In Sung dan Song Hye Kyo, drama siri That Winter, The Wind Blows masih banyak kali di ulang tonton saat ini!

90cc8d4b 3e0a 4ec2 8796 09b5851a13319. Drama siri Reply 1994 meceritakan tentang kisah 6 orang pelajar dari luar Seoul yang tinggal di sebuah rumah. Drama siri ini dibintangi oleh bintang-bintang yang top masa kini seperti Go Ara dan juga Yeo Yeon Sok

f6e6f85c 9d56 4f65 83ed 8fa032535aa610. Drama siri The Heirs juga sangat disukai oleh para penonton. Drama siri yang mengangkat cerita ala-ala Cinderella yang dibintangi oleh Lee Min Ho, Park Shin Hye, dan juga Kim Woo Bin

Walaupun telah ditayangkan pada 10 tahun yang lalu, tapi drama-drama siri di atas ini masih menjadi kegemaran para peminat Kdrama. Lebih-lebih lagi ceritanya juga sangat menarik. Kdrama mana satukah kegemaran anda?

Baca Juga: 10 Penampilan Shin Hyun Soo Yang berbeza Dengan Left. Lee “Duty After School”