Home News 10 Filem Seram Thriller Berlatarkan Malam Halloween yang Menyeramkan

10 Filem Seram Thriller Berlatarkan Malam Halloween yang Menyeramkan

0

Anda suka tonton filem seram thriller? Sebelum itu, jom kita baca sedikit informasi dan sejarah Halloween.

Menurut saluran History, Halloween berasal dari tradisi kuno masyarakat Celtic, iaitu Samhain. Tradisi ini mengalami transformasi menjadi perayaan yang mengetengahkan elemen seram dan supernatural.

Halloween diraikan setiap 31 Oktober oleh mereka yang meraikannya, tetapi rangkaian keraian biasanya sudah terasa sejak awal bulan lagi di negara-negara yang menyambut Halloween. Oleh itu, bulan Oktober ini juga disebut sebagai Spooky Month.

Bagi anda yang ingin merasa keseraman bulan Oktober, berikut adalah beberapa cadangan filem seram thriller berlatarkan malam Halloween yang boleh ditonton. Seram yang pasti menakutkan anda!

 

Filem seram thriller

1. Seorang pesakit yang mempunyai masalah jiwa dan mental berusaha membunuh penjaga dan kawannya dalam filem seram thriller dan slasher terbaik sepanjang zaman, Halloween (1978)

2e43cafe 326b 4421 9bc0 002f4bf0e5ac

2. Filem seram thriller Ginger Snaps (2000) mengisahkan tentang ikatan dua bersaudara yang diuji ketika salah seorang dari mereka diserang makhluk misteri dan berubah menjadi serigala jadian

1afbff37 60c7 4960 9af9 4714c97f5c48

3. Sewaktu mengelilingi negara untuk menulis buku, sekumpulan pemuda diculik dan diseksa oleh sebuah keluarga psikopat dalam filem seram thriller House of 1000 Corpses (2003)

6133a3ed bc35 4e86 822c c986eb2a13e4

4. Beberapa kisah menyeramkan dari serigala jadian hingga pembunuhan bersiri dikumpulkan dalam satu antologi filem, Trick ‘r Treat (2007)

99319fab 38c4 4f55 9463 f5fac769325a

5. Lima orang sahabat yang mencari rumah berhantu untuk menguji tahap keseraman dan kecekalan mereka menghadapi ketakutan menjadi sasaran pembunuhan orang bertopeng dalam filem seram thriller The Houses October Built (2014)

81a57234 1bf0 4230 b0eb ab01b419229b

6. Mempunyai gaya dokumentari found-footage, Hell House LLC (2015) mengisahkan tentang sekumpulan manusia yang menyiasat penyebab tragedi di sebuah rumah berhantu

1b7b1796 5fae 4304 b240 dc94f150571e

7. Dua orang wanita menjadi target penganiayaan seorang badut psikopat selepas menghadiri pesta di malam Halloween dalam filem seram thriller Terrifier (2016)

5f52cc35 b1a6 443e a310 455960d33f10

8. Malam suka ria di sebuah taman tema yang menyeronokkan bagi sekumpulan remaja berubah mengerikan apabila mereka diganggu oleh lembaga misteri dalam Hell Fest (2018)

f5c4e2c9 e38e 42cd 903b 1e36664bee48

9. Halloween Kills (2021) merupakan filem paling brutal Michael Myers dalam francais Halloween. Motif utama untuk filem ini hanya membunuh dan membunuh!

6242d815 d2c2 4ccf aaf6 5cef8a827ca7

10. Dalam Scream VI (2023), pembunuh bersiri, Ghostface, memburu mangsa yang terselamat semasa filem sebelum ini. Dikejar sampai ke titisan darah terakhir!

Bagi sesetengah peminat filem yang meraikan Halloween, bulan Oktober tanpa menonton filem yang menyeramkan adalah sesuatu yang tidak lengkap bagi mereka. Jika anda berani, anda juga boleh menonton filem-filem yang tersenarai di atas!

Baca lagi: 10 Filem Halloween Kekeluargaan yang Sesuai Ditonton Kanak-Kanak
Baca juga: 7 Cadangan Filem Seram Psikologikal Netflix, Suram dan Mencemaskan