Zaman sekarang nampaknya semakin ramai peminat filem memilih filem-filem seram dari Indonesia, membuatkan syarikat penerbitan negara seberang berlumba-lumba untuk menerbitkan filem-filem seram yang berkualiti.

Ada pengkarya filem seram yang memang membuat cerita asal dari idea mereka sendiri, mengangkat cerita viral di media sosial, hingga membuat semula sesebuah filem lama yang pernah popular pada masanya.

Watak-watak ikonik dalam setiap filem juga dilakonkan oleh bintang-bintang yang sedang popular. Contohnya, filem seram Bangku Kosong yang akan ditayangkan pada bulan Oktober 2023. Pasti menggamit nostalgia dengan filem-filem seram Indonesia hasil remake filem lama ini. Jom sama-sama kita lihat:

 

 

Filem seram1. Diarahkan oleh Joko Anwar, Pengabdi Setan (2017) menyajikan cerita yang sama seperti filem versi tahun 1980 tentang keluarga yang memuja syaitan

 

 

2. Kali ini dibintangi oleh pelakon-pelakon muda Indonesia, Jailangkung (2017) yang mengumpulkan 2.5 juta penonton ini ternyata adalah remake filem seram dari tahun 2001

 

 

3. Disebut-sebut sebagai the next ratu seram Indonesia, Luna Maya membawa watak sebagai Suzzanna dalam Suzzanna: Bernapas dalam Kubur (2018)

 

 

Filrm seram4. Masih diarahkan oleh pengarah yang sama, The Secret: Suster Ngesot Urban Legend (2018) merupakan remake dari filem Suster Ngesot keluaran 2007

 

 

5. Remake dari filem Suzzanna tahun 1981, Ratu Ilmu Hitam (2019) tidak menampilkan watak Suzzanna langsung, tapi gangguannya tetap menegangkan dan mencemaskan!

 

 

6. Remake dari filem tahun 1994, Si Manis Jembatan Ancol (2019) menyajikan cerita balas dendam dari wanita penunggu jambatan Ancol yang menyeramkan

 

 

7. Menembusi angka 2 juta penonton, Suzzanna: Malam Jum’at Kliwon (2023) yang merupakan sebuah remake dari filem tahun 1986, berjaya menunjukan kecemerlangannya di layar perak

 

 

8. Dibintangi oleh Vino G. Bastian dan Adipati Dolken, Bayi Ajaib (2023) merupakan hasil adaptasi filem tahun 1982. Jalan ceritanya mengangkat kisah ilmu hitam

 

 

9. Gangguan dari dari penunggu bangku kosong yang ditayangkan pada tahun 2006, kini diteruskan ke Bangku Kosong: Ujian Akhir (2023) yang menampilkan cerita lebih menegangkan

 

 

Seram indonesia10. Setelah berjaya dengan dua filem remake Suzzanna sebelum ini, syarikat penerbitan Soraya telah menerbitkan filem remake Suzzanna: Santet Ilmu Pelebur Nyawa

Filem-filem seram Indonesia hasil remake filem lama hampir semuanya berjaya menjulang kejayaan yang luar biasa. Baik dari segi jumlah penonton yang banyak, hingga kepada anugerah yang diperolehi. Kita tunggu tayangan filem Bangku Kosong: Ujian Terakhir, yang akan ditayangkan pada 5 Oktober 2023 yang akan datang!

Baca lagi: 12 Filem Seram Slasher Dari Blumhouse, Menakutkan Penonton
Baca juga: 4 Filem Seram dan Thriller Misteri Korea Wajib Tonton di Viu
Previous articlePekerja Bangla Kantoi Sorok Minyak Masak Untuk ‘Rakan-Rakan’, Sekali Lelaki Ini Beri Respon Buat Ramai Setuju
Next articleAnak Murid Luah Didera Ibu Bapa, Sekali Reaksi Si Guru Pula Buat Ramai Yang Sebak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here