Home Entertainment 10 Filem Seram dan Mengerikan, Latar Atas Kapal

10 Filem Seram dan Mengerikan, Latar Atas Kapal

0

Ketika mendengar perkataan kapal, tidak kiralah kapal laut atau kapal selam, ramai orang pasti membayangkan perjalanan mengharungi lautan yang menyeronokkan dan menyenangkan.

Namun, siapa sangka bahawa penemuan terbesar dalam sejarah manusia ini (kapal) mampu digarap oleh para pembuat filem seram sebagai “panggung” untuk menakut-nakutkan para penonton filem?

Selain kabin di tengah hutan dan rumah tempat berlakunya pembunuhan, ternyata banyak juga filem seram yang menggunakan kapal sebagai latar ceritanya.

Langsung tidak membosankan, filem seram berlatarkan kapal juga lebih mencengkam, kerana berjaya dan berkesan menimbulkan perasaan klaustrofobia kepada para penontonnya.

Dari gangguan ikan jerung yang ganas hingga vampire yang kehausan darah, berikut merupakan sepuluh filem seram berlatarkan kapal yang bakal menguji keberanian para penonton. Salah satu dari filem ini akan menemui anda di pawagam pada bulan Ogos ini!

1. Siapa yang tidak tahu Jaws (1975)? Filem karya Steven Spielberg tentang serangan jerung ganas ini menjadi penanda aras untuk filem seram dan mengerikan pada masanya ketika itu. Menegangkan!

97c27ceb 1a49 4026 9287 352ca68baa0c
2. Dead Calm (1989) fokus kepada pasangan suami isteri yang menolong seorang lelaki yang hanyut. Malangnya, lelaki tersebut ternyata seorang psikopat

5321fed2 d363 4aa4 8600 5093e5ade104
3. Dibintangi oleh Jamie Lee Curtis, Virus (1999) mengisahkan tentang sebuah kapal angkasa yang diserang oleh makhluk asing. Merupakan sebuah cult classic, padu!

8ca86143 371a 4fbe 98c9 cbdbb16fb594
4. Bukan hanya mempunyai adegan pembukaan yang ikonik, Ghost Ship (2002) juga mengandungi banyak babak-babak penampakan hantu yang bakal membuatkan anda berteriak ketakutan!

2599c7ce c695 4d96 a387 b8cd029ffa37
5. Kononnya mahu melakukan pesta liar di kapal pesiaran, sekumpulan anak muda terpaksa dihadapkan dengan pilihan hidup dan mati. Terbuntang mata menonton Donkey Punch (2008)!

851c3c4f c7c9 44df 8c58 a55df9b60f7e
6. Jika anda rasa Triangle (2009) adalah filem slasher yang biasa-biasa sahaja, maka anda salah. Ada “kejutan” yang menunggu anda di bahagian akhir!

cb2f686b a921 498c 87eb b5a8bcea24e4
7. Dalam Mary (2019), percutian Gary Oldman dan keluarganya berubah jadi mimpi buruk apabila kapal yang mereka naiki mengalami kejadian mistik

Filem seram
8. Sea Fever (2019) merupakan filem seram underrated yang wajib anda tonton. Plot cerita ini mengikuti kru kapal yang diganggu parasit

b2e91872 485f 47e1 aaa9 349dc2a58570
9. Jangan sekali-kali menonton Underwater (2020) jika anda takut berada di ruangan yang sempit. Filem ini penuh adegan yang membuatkan anda sesak dada!

00f79f45 6369 435b a4c0 1228dda8f5a5
10. Drakula di The Last Voyage of the Demeter (2023) bergentayangan di atas kapal yang sedang berlayar. Bakal ditayangkan 11 Ogos nanti! Diarahkan oleh André Øvredal (The Autopsy of Jane Doe).

IMG 8915

The Last Voyage of the Demeter menampilkan beberapa orang pelakon berbakat sebagai pelakon utama, antaranya adalah Corey Hawkins (In the Heights), Aisling Franciosi (The Nightingale), Liam Cunningham (Game of Thrones), dan David Dastmalchian (The Suicide Squad).

IMG 8917

Sambil menunggu tayangannya, jom, tonton filem-filem seram yang berlatarkan kapal yang tersenarai di atas!

Baca lagi: 11 Dokumentari Netflix Tayang Ogos, Paling Ditunggu Depp v. Heard
Baca juga: 5 Filem Seram Dengan Plot Menyedihkan