Home Entertainment 10 Filem Komedi Terbaik Warner Bros. Pictures

10 Filem Komedi Terbaik Warner Bros. Pictures

0

Filem komedi Barbie menjadi filem live action yang sedang hangat dibincangkan. Filem arahan Greta Gerwig ini berjaya menjadi filem paling popular di seluruh dunia. Filem hasil kerja sama antara Mattel dengan Warner Bros. Pictures ini ditayangkan di pawagam sejak 19 Julai 2023.

Barbie mengisahkan tentang kehidupan para Barbie dengan berbagai-bagai karakter di Barbieland. Pada suatu hari, salah satu Barbie mengalami satu perkara aneh yang memerlukan dia pergi ke dunia nyata untuk menyiasat apakah yang terjadi kepada dirinya.

IMG 8753

Barbie mengusung genre pengembaraan dan komedi. Selama menonton filem ini anda bakal ketawa melihat gelagat Barbie yang lucu dan menceriakan.

Untuk anda para peminat filem komedi, Warner Bros. Pictures juga mempunyai banyak koleksi filem komedi terbaik selain Barbie yang wajib anda tonton. Semuanya berjaya mencuit hati para penonton!

1. Wonder Boys (2000) fokus pada liku-liku kehidupan profesor Bahasa Inggeris. Selain penuh dramatik, filem ini juga disajikan dalam bentuk komedi

Komedi

2. Demi hidup, seorang penipu dan rakannya melakukan penipuan besar-besaran dalam Matchstick Men (2003). Aksinya bakal membuatkan anda takjub dan ketawa!

d1093cbc cb8b 4d85 a844 4331df6a2976

3. Berpura-pura menjadi pelakon demi uji bakat yang luar biasa, lalu terperangkap dalam kes pembunuhan. Kiss Kiss Bang Bang (2005) sangat melucukan!

cab05ba4 6071 4bdc a7a4 af444e9a4b7c

4. Siapa pun yang memenangi tiket emas akan diajak ke kilang coklat yang paling menakjubkan. Itulah yang terjadi dalam Charlie and Chocolate Factory (2005)

31a449fa db34 4883 bf8b 181c527217eb

5. Mengisahkan tentang seorang balu yang mendapat 10 pucuk surat dari mendiang suaminya, P.S. I Love You (2007) menjadi filem romantik komedi paling digemari pada masanya

598c32af 2440 4c24 8ed2 927bed67392c

6. Dua lelaki yang sedang sakit nazak melarikan dari wad pesakit untuk merealisasikan senarai keinginan dan kemahuan mereka sebelum meninggal dunia. The Bucket List (2007) bakal membuatkan anda ketawa dan berendam air mata

97f0b80f 56b1 4bd1 9e27 196d4af8249b

7. Menyertai sebuah program, si lelaki perlu mengatakan “Ya” terhadap segala perkara selama satu tahun dalam filem Yes Man (2008)

66f85bd3 6755 4db4 acd5 eaf43c4d26fa

8. Ejen pengintip tidak selamanya bijak dan cekap. Dalam filem Get Smart (2008), Steve Carell menjadi ejen yang bodoh-bodoh alang dalam berbagai-bagai perkara

73118b46 77fe 40ab 82ac a22ef7bf6296

9. Sebelum resepsi dimulakan, pengantin telah menghilangkan diri. Tiga orang pengiring pengantin harus mencari pengantin secepat mungkin dalam The Hangover (2009)

68a3dfaf fb94 44be 8135 0a1c42cf03c3

10. Kehidupan di masa kini tidak membuatkan hidup Mike bahagia. Dia berharap boleh kembali lagi ke umur 17 tahun. Komedi dalam 17 Again (2009) paling menarik!

Filem komedi

Sewaktu sedang kepenatan dan tertekan, filem komedi menjadi pilihan yang tepat untuk memperbaiki suasana hati. Filem komedi dari Warner Bros. Pictures tidak kurang hebatnya dengan filem genre lain dari studio ini.

Filem komedi yang manakah sudah anda tonton?

Baca lagi: Pratonton My Dearest Episod 1, Dibintangi Namgoong Min
Baca juga: 10 Filem Margot Robbie, Rating Tertinggi Rotten Tomatoes