Home Kdrama/Kmovie Drama Korea Top Rated & Plot Gempak, Ini 5 K-Drama Sekolah yang Kena Masuk...

Top Rated & Plot Gempak, Ini 5 K-Drama Sekolah yang Kena Masuk Watchlist Anda

0

Drama Korea berlatar sekolah sering menjadi kegemaran ramai kerana ia bukan sahaja mengisahkan kehidupan pelajar, tetapi juga menyelitkan elemen aksi, persahabatan, serta konflik sosial menarik yang akan membuatkan anda terpaku di depan skrin!

Jika anda menyukai tema ini, berikut adalah 5 drama Korea yang anda boleh tonton dan strim di Viu.

Study Group

IMG 2230

Study Group mengisahkan Yoon Ga Min, seorang pelajar di Sekolah Menengah Teknik Yunseong, sekolah terburuk di Korea. Walaupun tidak berbakat dalam akademik, Ga Min mempunyai cita-cita besar untuk masuk ke universiti awam.

Dia membentuk kumpulan belajar bersama rakan-rakannya, tetapi cabaran terbesar mereka adalah menangani persekitaran sekolah yang penuh dengan kekacauan dan buli.

Dalam usaha melindungi rakan-rakannya, Ga Min sering terpaksa berdepan situasi yang membahayakan diri. Drama ini mempersembahkan kisah persahabatan, keberanian, dan usaha keras yang inspiratif, menjadikannya tontonan yang wajib untuk pencinta drama sekolah.

Undercover High School

Drama

Undercover High School ialah sebuah drama aksi komedi yang mengisahkan seorang ejen Agensi Perisikan Kebangsaan (NIS) yang menyamar sebagai pelajar sekolah menengah untuk menyiasat kehilangan emas milik Kaisar Gojong. Dalam drama ini, Seo Kang Joon akan melakonkan watak Jung Hae Sung, seorang ejen lapangan NIS yang serba sempurna, dari segi penampilan hinggalah kebolehannya.

Selepas menerima misi khas, Jung Hae Sung menyamar sebagai pelajar sekolah menengah sambil berusaha untuk tidak menonjolkan diri. Namun, meskipun cuba kekal fokus terhadap misinya, Jung Hae Sung secara tidak sengaja terlibat dalam pelbagai insiden yang berlaku di sekolah bersama pelajar lain.

The Witch

Drama

Park Mi Jeong (Roh Jeong Eui), seorang wanita yang telah dipanggil “ahli sihir” sejak zaman persekolahannya kerana semua perkara buruk yang telah berlaku kepada lelaki yang jatuh cinta dengannya. Park Jin Young memainkan watak Lee Dong Jin, yang menjaga Mi Jeong semasa dia masih sekolah. Apabila mereka bertemu semula 10 tahun kemudian, Mi Jeong telah menjadi seorang yang menyendiri, mempercayai khabar angin tentangnya, manakala Dong Jin cuba membuktikan sebaliknya.

High School Return of a Gangster

IMG 2256

Drama fantasi ini berkisar tentang Kim Deuk Pal, seorang gangster berusia 47 tahun yang bercita-cita untuk belajar tetapi tidak pernah berpeluang. Suatu hari, rohnya secara misteri memasuki tubuh seorang pelajar sekolah menengah yang sering dibuli. Dengan pengalaman hidupnya sebagai gangster, dia memanfaatkan tubuh barunya untuk membalas dendam terhadap pembuli sekolah tersebut.

Pyramid Game

IMG 2257

Pyramid Game membawa tema buli dan ketidakadilan dalam kalangan pelajar. Dalam drama ini, pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah dikelaskan mengikut sistem pyramid game, di mana mereka yang berada di bahagian bawah hierarki akan menjadi sasaran buli. Sung Soo Ji (Bona) yang baru berpindah ke sekolah tersebut berusaha menentang sistem kejam ini dengan kepintarannya.

Kesemua drama berlatarkan sekolah di atas menawarkan elemen aksi, misteri, dan persahabatan. Dari sisi gelap pergaulan remaja hingga perjuangan melawan ketidakadilan, drama-drama ini pasti akan membuatkan anda terfikir dan tersentuh.

Jadi, pastikan anda masukkan kesemua senarai diatas dalam tontonan wajib anda tau! Langgan juga Viu Premium untuk menonton pelbagai genre drama Korea tanpa sebarang gangguan iklan!

Baca lagi: Drama Viral “Study Group” di Viu, Antara Top 5 Kdrama Terbaik di 147 Negara
Baca juga: Kenali 10 Watak Unik dalam Drama “The Haunted Palace”, Tampilkan Bona (WSJN) dan Sung Jae (BtoB)