Home Kdrama/Kmovie Drama Korea Siri Rom-Com 31 Mac, “The Divorce Insurance”. Menampilkan Lee Dong Wook, Lee...

Siri Rom-Com 31 Mac, “The Divorce Insurance”. Menampilkan Lee Dong Wook, Lee Kwang Soo dan Artis Popular Lain

0

Prime Video hari ini mengumumkan bahawa siri Korea The Divorce Insurance akan datang ke platform penstriman itu. Bintang popular Lee Dong-wook, Lee Joo-been, Lee Kwang-soo dan Lee Da-hee akan menerajui siri rom-com ini.

Kisah unik itu berpusat pada pakar insurans Noh Ki-jun (Leed Dong-wook). Noh Ki-jun yang ingin mencipta produk insurans perceraian melalui proses meletakkan harga pada kos perceraian dengan pasukan insuransnya, mereka belajar lebih jauh dan mendalam tentang diri mereka dan cinta.

The Divorce Insurance

Melalui drama The Divorce Insurance ini, Noh Ki-jun adalah seorang lelaki yang kelihatan sempurna yang mempunyai segala-galanya: latar belakang akademik yang berprestij dan kerjaya yang sangat berjaya dengan kepakaran insuransnya. Malangnya, dia seorang lelaki yang patah hati dan benar-benar hancur dari 3 perceraiannya. Tidak berduit selepas bercerai, Ki-jun berazam untuk mencipta produk insurans perceraian yang akan melindungi orang sepertinya.

IMG 3194

Kang Han-deul (Lee Joo-been) ialah seorang wanita yang pendiam dan tidak pernah bebas meluahkan fikirannya. Keluarga mertuanya yang tidak sabar melayannya dengan buruk selama 5 tahun perkahwinan; Han-deul akhirnya hilang kesabaran dan bercerai. Kini dia berazam untuk berubah dan menjadi wanita yang sama sekali berbeza, memulakan pekerjaan baharu di syarikat yang sama dengan Ki-jun.

IMG 3195

An Jeon-man (Lee Kwang-soo) ialah seorang lelaki pemalu yang mementingkan keselamatan daripada segala-galanya. Jeon-man mengenali Ki-jun sejak zaman sekolah rendah mereka dan walaupun sifat mereka bertentangan, persahabatan mereka kekal selama bertahun-tahun dan mereka bekerja di syarikat yang sama. Jeon-man juga mempunyai pengalaman perceraiannya sendiri, dan dia tidak mahu mengakuinya, tetapi dia mendapati dirinya tertarik dengan idea Ki-jun untuk membangunkan insurans perceraian.

IMG 3193

Jeon Na-rae (Lee Da-hee) ialah seorang wanita yang mementingkan kebebasan dan tidak mahu dikongkong. Tidak dapat menyesuaikan diri dengan nilai perkahwinan yang berbeza, Na-rae telah bercerai pada masa lalu dan tidak mempertimbangkan untuk berkahwin lagi. Walau bagaimanapun, pertemuan tidak sengaja dengan Ki-jun dan menjadi tertarik tentang perceraian masa lalunya dan rancangannya untuk membuat insurans perceraian.

The Divorce Insurance diarahkan oleh Lee Won-seok yang terkenal dengan filem Killing Romance dan The Royal Tailor. Siri ini ditulis oleh Lee Tae-yoon yang menulis Secret Royal Inspector & Joy.

Jangan ketinggalan siri unik yang penuh dengan percintaan dan komedi ini. Nantikan apabila The Divorce Insurance dilancarkan di Prime Video setiap minggu pada hari Isnin dan Selasa mulai 31 Mac.

Baca lagi: Bintang Berbakat yang Kurang Dihargai, 5 Pelakon Korea dengan Lakonan Luar Biasa
Baca juga: 3 Drama Korea Februari 2025 Tanpa Kisah Cinta Klise, Sarat Misteri & Aksi