Home Cdrama Love In Pavilion, Kemunculan Semula Ratu Wuxia Liu Shishi Sebagai Pejuang dari...

Love In Pavilion, Kemunculan Semula Ratu Wuxia Liu Shishi Sebagai Pejuang dari Klan Api

0

Drama Cina Love in Pavilion telah tersedia ditayangkan pada 28 April 2025. Drama ini juga merupakan adaptasi daripada komik popular Fox Spirit Matchmaker oleh Tuo Xiao Xin.

Love in Pavilion dibintangi ramai bintang terkenal China, termasuk Liu Shishi, Zhang Yunlong, Wu Xuan Yi, Shen Yue, Ding Yu Xi dan ramai lagi.

Drama ini mengisahkan Dongfang Huaizhu, anak perempuan sulung Klan Api yang mempunyai tanda Kuasa Api di dahinya. Zhang Yunlong yang melakonkan watak Wangquan Hongye, adalah ketua Perikatan Yiqi Dao dan ketua puak Wangquan.  Dengan latar belakang cerita yang mengandungi banyak konflik dan janji cinta abadi, Love in Pavilion bersedia untuk membawa penonton ke pengembaraan Dongfang Huaizhu dan Wangquan Hongye.

Sinopsis Love In Pavilion

IMG 1969

Drama ini mengisahkan Dongfang Huaizhu dan Wangquan Hongye yang merupakan ketua klan setiap keluarga yang berada dalam keadaan tegang di mana syaitan dan manusia tidak boleh hidup berdampingan.

Kemudian, kedua-duanya berusaha dan berjuang untuk dapat menghidupkan semula pakatan Yiqi dan menstabilkan keadaan persekitaran iaitu dengan berkahwin. Bagaimanapun, perkahwinan itu bukan sekadar perhubungan peribadi, tetapi langkah strategik untuk mereka menyelamatkan dunia daripada perang manusia dan syaitan.

Sementara itu, kemuncak cerita ini berlaku pada hari ketujuh bulan ketujuh, apabila Dongfang Huai Zhu dan Wangquan Hong Ye mengucapkan ikrar suci mereka di Pavilion Buluh di tebing Sungai Huai. Janji ini adalah lambang perpaduan dan pengorbanan yang akan dikenang oleh generasi.

Senarai Pelakon Love in Pavilion

IMG 2179 scaled

Selain daripada Liu Shishi dan Zhang Yunlong, berikut adalah senarai pelakon Love in Pavilion:

• Liu Shishi sebagai Dongfang Huaizhu
• Zhang Yunlong sebagai Wangquan Hongye
• Wu Xuanyi sebagai Wangquan Zui
• zhai Xiaowen sebagai Yang Tian
• Shen Yue sebagai Dongfang Qinla
• Dong Yuxi sebagai Zhang Zheng
• Zhang Ruonan sebagai Yang Yang
• Meng Ziyi sebagai Qing Mu Yuan
• Zhou Jieqiong sebagai Cui Yu Minglukan
• Chen Ruo Xuan sebagai Mu Xiao Wu
• Zhao Yibo sebagai Lu Qu Zhou
• Chen You Wei sebagai Li Zi Zai
• Hou Minghao Baimu Yaojun
• Chen Yuqi sebagai Du Niang Zi
• Peng Xiao Ran sebagai Jia Lan

Jadual Siaran Love In Pavilion

Love in pavilion

Bagi yang ingin menontonnya, drama Love in Pavilion disiarkan di platform streaming iQIYI. Drama sebanyak 36 episod ini disiarkan pada setiap hari Isnin hingga Ahad.

Baca lagi: 5 Drama Cina Moden Popular, Hangat Dibincangkan Di Awal Tahun 2025
Baca juga: Zhao Lusi, Seribu Wajah dan Seribu Pesona di Layar Kaca