Home News Royal Doctor Drama Terbaru Mario Maurer

Royal Doctor Drama Terbaru Mario Maurer

0

Nama Mario Maurer adalah nama yang tidak asing lagi untuk peminat drama dan filem Thailand.

Dengan pelbagai drama dan filem pecah panggung yang dibintanginya pasti ramai sentiasa ternantikan drama terbaru lakonannya.

Kali ini Mario Maurer sekali lagi kembali bergandingan dengan Kimberley Anne Woltemas yang tidak kurang hebatnya dalam drama Royal Doctor.

daebaking.co Royal Doctor Drama Terbaru Mario Maurer 1

Gandingan mereka berdua sebelum ini pernah mencetuskan fenomena di dalam drama Thong Ek : The Herbal Master yang ditayangkan pada 2019.

Royal Doctor yang membawakan genre romantik komedi ini dibintangi oleh barisan pelakon hebat Thailand seperti :

  • Mario Maurer melakonkan watak sebagai Thong-on
  • Kimberley Anne Woltemas melakonkan watak sebagai Bua / Akkarima
  • Masu Junyangdikul melakonkan watak sebagai Thongthae
  • Lingling Sirilak Kwong melakonkan watak sebagai Maenwad
  • Peterpan Tadsapon Wiwitawan melakonkan watak sebagai Phitchakorn
  • Pat Napapa Thantrakul melakonkan watak sebagai Phad / Pat

daebaking.co Royal Doctor Drama Terbaru Mario Maurer

Drama bersiri ini mengisahkan tentang Bua (Kimberley Anne Woltemas), seorang pelatih perubatan di tahun 2022 yang terlempar jauh merentas masa ke zaman dahulu. 

Di dalam zamannya Bua merasakan dirinya serba kekurangan dan tidak mampu menjadi doktor yang baik . Pada suatu hari, tanpa dirinya sedar, dia telah terbawa merentasi masa ke zaman dahulu.

Apabila dia sedar daripada pengsan dia mendapati dirinya kini berada di era pemerintahan Raja Rama Ke-3 iaitu pada tahun 1820an-1850an yang juga digelar sebagai era keemasan perubatan tradisional Thailand.

daebaking.co

Bayangkan seorang yang berada di era 5G terperangkap di dalam zaman masa silam. Reaksi pertama Bua adalah panik apatah lagi menyedari dia telah kembali 182 tahun ke belakang daripada masa dunia asalnya.

Menenangkan dirinya, Bua cuba menyesuaikan dirinya pada zaman dia berada sekarang. Bua terpaksa mencari siapa yang boleh dipercayainya.

Disini Bua telah berjumpa dengan mereka yang menyerupai wajah rakan pelatih dan profesornya pada dunianya di masa hadapan.

Baca lagi: Binge Watch 4 Drama Di Viu Bulan Ramadhan Ini

daebaking.co 3

Di sini juga Bua telah bertemu dengan Thong On (Mario Maurer) yang merupakan seorang pelajar perubatan yang berasal daripada keturunan sebuah keluarga doktor diraja pada zaman tersebut.

Walaupun berasal daripada keluarga doktor diraja yang terkenal ,Thong On sering dipandang sinis oleh masyarakat sekelilingnya kerana mereka tidak mempercayai Thong On mampu menjadi seorang doktor yang baik.

Walaupun menerima pandangan sinis daripada mereka di sekelilingnya, Thong On memasuki Sekolah Doktor Diraja untuk belajar ilmu perubatan dan menjadi seorang doktor diraja.

daebaking.co 4

Thong On dan Bua mula belajar bersama dan terus berkongsi tentang ilmu perubatan yang mereka ketahui di zaman masing masing.

Thong On dengan pengetahuannya dalam perubatan tradisional dan Bua dengan pengetahuannya dalam zaman perubatan moden.

Walaupun menghadapi pelbagai cabaran , mereka bersama-sama menggunakan pengetahuan mereka di dalam bidang perubatan untuk terus membantu pesakit mereka.

Baca lagi: Taxi Driver 2 Ini 5 Sebab Perlu Tonton

daebaking.co 6

Mereka mula mendalami erti menjadi doktor yang sebenar dan terus membantu pesakit yang memerlukan mereka tidak kira di dalam pelbagai situasi.

Rugi kalau korang semua tak tengok drama ini kerana setiap episod membawakan pelbagai situasi menarik dan dugaan baru kepada para pelatih doktor diraja dan Bua.

Setiap episod juga menunjukkan bagaimana setiap watak berkembang menjadi doktor yang lebih baik.

Malah terdapat pelbagai persoalan yang korang kena tengok untuk tahu jawapannya seperti :

Bolehkan Bua mencari jalan kembali pada zamannya?

Adakah Bua akan kekal pada tahun 1840 bersama Thong On?

Atau adakah Bua akan mengubah sejarah perubatan selama-lamanya?

Jangan buang masa korang lagi cepat kita tengok drama Royal Doctor ini di Viu.

Jadi jom lah kita layan drama Royal Doctor di Viu. Korang boleh juga download aplikasi Viu di telefon korang.

Lagi best kalau korang semua langgan Viu Premium baru lah best dapat layan setiap episod terbaru Royal Doctor tanpa gangguan iklan.

Bayangkan korang tengah seronok layan babak menarik di Royal Doctor tiba tiba iklan muncul. Jadi tak rugi kalau korang langgan Viu Premium ni.