Home Hwasa MAMAMOO & Kai EXO Jadi Duta Produk Kesihatan

Hwasa MAMAMOO & Kai EXO Jadi Duta Produk Kesihatan

Jenama kecantikan dan kesihatan terkemuka di Korea Selatan, “Olive Young” telah melancarkan kempen terbaru mereka yang menampilkan Hwasa Mamamoo dan Kai EXO sebagai duta produk. Syarikat itu mempunyai bilangan kedai di serata dunia (lebih kurang 1500) dan menjual pelbagai produk daripada kosmetik sehingga ke ubat-ubatan. Peminat kedua-dua artis itu teruja apabila gambar idola kpop kegilaan ramai itu terpapar secara meluas di papan iklan di Korea Selatan dan juga beberapa iklan promosi secara atas talian.

Kedua-dua idola kpop ini akan bekerjasama dalam sebuah kempen secara besar-besaran yang bakal dilancarkan oleh “Olive Young”. Mereka dipilih kerana imej yang bersesuaian dengan syarikat terbabit yang mementingkan, “kesihatan & kecantikan”. Oleh itu, mereka telah dipilih untuk mempromosikan kempen itu di serata Korea melalui kempen di iklan telefon, video, dan promosi di kedai-kedai. “Olive Young” turut mensasarkan untuk meluaskan syarikat ini kepada beberapa pelanggan yang disasarkan dengan kedua-dua model terbaru mereka, Hwasa dan Kai.

Apa yang mengujakan peminat ialah, mereka berdua turut tampil dengan mini siri untuk promosikan “Olive Young” yang episod nya akan diterbitkan setiap hari Jumaat.

Peminat nampaknya tidak sabar menantikan episod seterusnya yang memaparkan kedua-dua idol Korea kesayangan ramai ini!

Sumber: AllKpop

Baca artikel terdahulu: Gambar Jennie BLACKPINK & V BTS Tersebar Lagi