Home Cdrama Dari Sahabat Menjadi Cinta, 4 Drama Cina yang Manis dan Penuh Emosi

Dari Sahabat Menjadi Cinta, 4 Drama Cina yang Manis dan Penuh Emosi

0

Pernah tak anda menonton drama Cina yang membuat anda tersenyum seorang diri kerana hubungan antara dua wataknya terasa begitu dekat dengan realiti?

Salah satu trope paling menyentuh hati dan digemari ramai penonton ialah “dari sahabat menjadi kekasih”, kisah cinta yang bermula dari persahabatan. Tiada yang lebih manis daripada melihat dua sahabat yang selama ini hanya saling menyokong, akhirnya sedar bahawa mereka sebenarnya saling menyukai.

Jadi, buat anda yang gemarkan drama dengan elemen manis sebegini, berikut ialah 4 drama Cina dengan plot ‘friends to lovers’ yang dijamin akan mencairkan hati anda:

1. Exclusive Fairytale (2023)

37caafe1 0113 4255 869d 790e27257c04

Jika anda sukakan kisah cinta sejak kecil yang penuh persaingan tetapi sangat comel, Exclusive Fairytale wajib ditonton! Drama Cina ini mengisahkan tentang Ling Chao dan Xiao Tu, dua sahabat sejak kecil yang dibesarkan seperti adik-beradik angkat. Sejak kecil, mereka sering bersaing; siapa lebih bijak, siapa lebih hebat. Namun di sebalik semua itu, mereka sangat bergantung antara satu sama lain.

Ling Chao yang bijak dan berdikari sebenarnya telah lama menyimpan perasaan terhadap Xiao Tu, tetapi terlalu ego untuk mengaku. Tambahan pula, sejak kecil dia merasakan kurang kasih sayang daripada ibunya, dan hanya bersama Xiao Tu dia berasa selesa dan dihargai.

2. When I Fly Towards You (2023)

965a5ac2 4243 4268 b90c b161c3bcd5da

Bayangkan cinta pertama yang hadir ketika zaman persekolahan, di tengah tekanan pelajaran, persahabatan, dan pencarian jati diri. Itulah yang dilalui oleh Su Zai Zai dalam When I Fly Towards You.

Pada tahun 2012, Su Zai Zai berpindah ke Sekolah Menengah Yucai dan serta-merta tertarik kepada Zhang Lu Rang, pelajar lelaki yang bijak tetapi pendiam. Namun, di sebalik sikap tenangnya, Zhang Lu Rang menyimpan luka batin kerana sering dibandingkan dengan adiknya yang genius.

Kehadiran Su Zai Zai yang ceria dan optimis menjadi titik perubahan dalam hidupnya. Bersama rakan-rakan mereka, mereka saling menyokong dan membesar bersama, hingga akhirnya cinta berkembang dengan indah.

3. You Are My Glory (2021)

7fce60f0 6eff 4785 9507 cbc29e45b73b

Pernah menyukai rakan sekolah tetapi tidak sempat meluahkan perasaan? Dalam You Are My Glory, Qiao Jing Jing, seorang selebriti cantik dan berjaya, mendapat peluang kedua!

Apabila kerjayanya terancam akibat pendedahan bahawa dia hanya berpura-pura pandai bermain permainan video dalam iklan, dia memutuskan untuk berlatih secara serius. Tanpa disangka, jurulatihnya ialah Yu Tu, cinta hatinya sewaktu di sekolah menengah yang kini merupakan jurutera angkasa dan pemain permainan video yang hebat.

Daripada sesi latihan, hubungan mereka mula rapat dan berkembang menjadi ikatan yang saling menguatkan.

4. As Long As You Love Me (2020)

Drama cina

Jika anda sukakan drama yang lebih emosional dan sarat dengan konflik, As Long As You Love Me pasti akan membuat anda terpaku! Drama Cina ini mengisahkan Zhou Yan Zhao dan Xiao Meng, dua sahabat kecil yang akhirnya menjadi pasangan kekasih. Namun hubungan mereka retak akibat konspirasi besar dan kematian misteri bapa Zhou Yan Zhao yang menggoncangkan segalanya.

Apabila Zhou Yan Zhao pulang ke China demi menunaikan janjinya kepada Xiao Meng, dia berdepan dengan kenyataan pahit, ibu Xiao Meng disyaki terlibat dalam kematian bapanya. Namun cinta mereka tidak mudah padam. Dalam menghadapi pengkhianatan, konflik keluarga dan permainan kuasa dalam dunia perniagaan, mereka bersama-sama berjuang menegakkan kebenaran demi cinta yang tulus.

Itulah dia 4 drama Cina dengan plot cinta dari persahabatan yang pasti menyentuh hati anda. Antara keempat-empat ini, yang manakah paling menarik perhatian anda?

Baca lagi: 5 Drama Cina Terbaru April 2025, Daripada Cinta Sejati Hingga Pemburu Siluman
Baca juga: Misteri di Sebalik Cinta, Mengapa Kowloon Generic Romance Wajib Masuk Dalam Senarai Tontonan Anda