Home Entertainment Peminat Tanya Kenapa Kajol Tak Wish Birthday Kepada Shah Rukh Khan?

Peminat Tanya Kenapa Kajol Tak Wish Birthday Kepada Shah Rukh Khan?

0

Baru-baru ini Kajol duduk bersembang dengan peminatnya dan buka ruang soal jawab menerusi Instagram Stories.

Bintang popular Bollywood itu memilih untuk menjawab salah satu soalan cepumas daripada peminatnya, “Kenapa tak beri ucapan hari jadi kepada Shah Rukh Khan?’

Hari ulang tahun rakan baiknya, Shah Rukh Khan (SRK) jatuh pada 2 November lalu.

kkk

Memetik artikel Gempak, ini jawapan Kajol, “Apa lagi yang saya boleh wish? Semuanya dah termakbul apabila anak lelakinya sudah pulang ke rumah.”

Sebelum ini Aryan Khan yang merupakan anak sulung Shah Rukh Khan dan Gauri Khan telah dibebaskan dari penjara dengan ikat jamin.

Aryan ditahan bagi membantu siasatan atas serbuan dadah di sebuah kapal persiaran di pantai Mumbai pada 2 Oktober lalu.

Kajol dan SRK pernah bergandingan dalam beberapa filem seperti Kuch Kuch Hota Hai, Dilwale dan Kabhi Khushi Kabhie Gham.