Home Netflix Tudum Netflix 2025 Gegar Dunia, Lady Gaga dalam Wednesday 2, Trailer Squid...

Tudum Netflix 2025 Gegar Dunia, Lady Gaga dalam Wednesday 2, Trailer Squid Game 3, dan Banyak Lagi

0

Acara Tudum 2025: Tayangan Langsung baru sahaja berlangsung pada 31 Mei di Kia Forum, Los Angeles. Acara tahunan ini dianjurkan oleh Netflix sebagai platform untuk meraikan dan memperkenalkan pelbagai kandungan baharu mereka kepada para peminat dari seluruh dunia.

Dipandu oleh pelakon Sofia Carson, acara ini turut dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada Lady Gaga dan Hanumankind. Sepanjang acara, Netflix menayangkan beberapa trailer sulung serta mengumumkan pelbagai perkembangan menarik, antaranya pelancaran trailer rasmi Squid Game Musim Ke-3 dan kemunculan Lady Gaga dalam Wednesday Musim Ke-2.

Menurut laporan rasmi dari Tudum Netflix, berikut merupakan sorotan utama yang wajib anda ketahui:

1. Trailer Sulung Squid Game Musim Ke-3

TUDUM

Trailer perdana Squid Game Musim Ke-3 memaparkan suasana menegangkan apabila Seong Gi-hun dan para peserta lain kembali ke gelanggang pertarungan yang penuh darah.

Dalam sekuel yang dijadualkan tayang pada 27 Jun ini, Gi-hun kembali menyertai permainan dengan satu matlamat, untuk membongkar siapakah dalang di sebalik pertandingan maut itu. Kali ini, cabaran yang dihadapinya jauh lebih berisiko dan rumit.

2. Tarikh Tayangan Wake Up Dead Man: A Knives Out Mystery

Netflix

Netflix secara rasmi mengumumkan tarikh tayangan filem ketiga dalam francais Knives Out, iaitu pada 12 Disember.

Menerusi trailer yang dilancarkan, penonton dibawa menyelami babak-babak mencemaskan pengembaraan baharu detektif Benoit Blanc (lakonan Daniel Craig). Filem ini turut menampilkan barisan pelakon ternama seperti Glenn Close, Josh Brolin, Mila Kunis, Jeremy Renner, Kerry Washington, Cailee Spaeny, dan Daryl McCormack.

3. Tontonan Pertama Watak Chopper (One Piece Musim Ke-2)

a0ba5dd7 a7cb 4bec 968b ee0bb870ec8f

Cuplikan perdana One Piece Musim Ke-2 akhirnya diperkenalkan, memperlihatkan watak baharu Tony Tony Chopper yang akan disuarakan oleh Mikaela Hoover.

Chopper ialah doktor dan makhluk hibrid berupa rusa berhidung biru, serta ahli penting dalam kru Topi Jerami. Video berdurasi satu minit itu turut mendedahkan bahawa musim baharu ini dijadualkan ditayangkan pada tahun 2026.

4. Trailer Sulung Filem Frankenstein

Netflix

Penulis dan pengarah pemenang Anugerah Akademi, Guillermo del Toro, mempersembahkan adaptasi terbaharu Frankenstein berdasarkan novel klasik karya Mary Shelley, menerusi trailer bernuansa gotik yang pekat.

Filem yang dibintangi oleh Oscar Isaac dan Jacob Elordi ini dijangka akan mula ditayangkan di Netflix pada bulan November.

5. Trailer Happy Gilmore 2

6a1d717f 050a 49b6 a00d 96468a97140c

Selepas hampir tiga dekad sejak tayangan pertama Happy Gilmore, Netflix meraikan legasi filem tersebut dengan pelancaran trailer sekuel yang bakal ditayangkan pada 25 Julai.

Adam Sandler kembali beraksi sebagai Happy Gilmore, dan kali ini ditemani oleh Julie Bowen, Ben Stiller, Christopher McDonald, Benito Antonio Martínez Ocasio (Bad Bunny), serta anak-anaknya sendiri, Sadie dan Sunny Sandler, bersama Blake Clark.

6. Tarikh Tayangan Stranger Things Musim Ke-5

51935636 9b3e 47b9 97be e1a80ecd5a1a

Akhirnya, Stranger Things Musim Ke-5 mengumumkan tarikh tayangan rasmi setelah sekian lama dinanti-nantikan. Musim terakhir ini akan terdiri daripada lapan episod dan dibahagikan kepada tiga bahagian:

Volume 1: 26 November
Volume 2: 25 Disember
Penutup (The Finale): 31 Disember

7. Matt Damon & Ben Affleck Bersatu Semula dalam The Rip

bdc28656 35dd 4ca8 b8ff 8305912b8e40

Matt Damon dan Ben Affleck kembali bekerjasama dalam filem jenayah-thriller terbaharu berjudul The Rip. Kisahnya berkisar tentang sekumpulan anggota polis di Miami yang menemui jutaan dolar tersembunyi dalam sebuah gudang barangan lusuh.

Filem ini dibintangi oleh Matt Damon, Ben Affleck, Steven Yeun, Teyana Taylor, dan Catalina Sandino Moreno, dan dijadualkan tayangan global menerusi Netflix pada 16 Januari 2026.

8. Kejutan dalam Wednesday Musim Ke-2

5c0734a3 4913 444a ad7e 38e7377a9c9c

Netflix telah menayangkan enam minit pertama Wednesday Musim Ke-2, yang akan dibahagikan kepada dua bahagian, Bahagian Pertama pada 6 Ogos, dan Bahagian Kedua pada 3 September.

Cuplikan tersebut menampilkan Wednesday berdepan dengan pembunuh bersiri berprofil tinggi, Kansas City Scalper. Lebih mengejutkan, Lady Gaga bakal muncul sebagai pelakon jemputan dalam musim ini, memegang watak Rosaline Rotwood, seorang guru misteri yang penuh teka-teki di Akademi Nevermore.

Ada diantara atas yang awak nanti-nantikan?

Baca lagi: Ketukan Ngeri dari Atas, ‘Noise’ Bongkar Teror Psikologi di Sebalik Dinding Apartmen
Baca juga: Penamat Berdarah Squid Game 3, Gi-hun Kembali Menentang Front Man, Siap Bongkar Segala Rahsia