Home K - Pop 5 Wajah Bintang Korea Ini Sering Dijadikan ‘Reference’ di Klinik Pembedahan Plastik

5 Wajah Bintang Korea Ini Sering Dijadikan ‘Reference’ di Klinik Pembedahan Plastik

0

Negara Korea Selatan memang tak boleh dipisahkan dengan hal-hal berkaitan dengan pembedahan plastik. Malah ramai artis KPop secara terang-terangan mengaku melakukan pembedahan plastik demi menambah daya tarikan mereka di hadapan peminat.

Bukan artis KPop jer, orang biasa-biasa pun ramai juga yang mengubah wajah atau tubuhnya demi tampil lebih menawan.

Memetik dari Koreaboo, seorang doktor bedah dan juga abang kandung kepada aktor Kim Jong Kook, Kim Jong Myung telah berkongsi pengalamannya melakukan pembedahan plastik kepada pelanggannya.

Dr. Kim menjadi tetamu undangan di acara Video Star yang ditayangkan di MBC Every1 pada hari Selasa (7/5/2019).

Dr. Kim kemudian mengungkapkan beberapa pelanggannya juga sering menjadikan beberapa selebriti ternama sebagai rujukan dan mahu wajah dibuat mirip idola K-Pop mereka.

Berikut 5 wajah selebriti Korea yang disebut oleh Dr. Kim paling diinginkan pelanggan untuk dijadikan rujukan bagi menjalani pembedahan wajah.

1. Yoona SNSD

bw163

Dr. Kim menyebut bahawa Yoona mempunyai kecantikan tradisional dengan mata besar berkelopak ganda dan hidung mancung sempurna.

Sebagai seorang artis antarabangsa, Yoona turut mengakui dia sangat teliti dalam bab penjagaan kulit wajahnya. “Tampaknya hanya waktu yang berubah. Kecantikan Yoona tidak kelihatan terpudar. Bahkan, dia hanya makin matang dengan pesona kecantikannya,” kata seorang peminat

2. Jennie BLACKPINK

bw164

Kecantikan pelantun lagu Solo ini memang tak perlu dipertikaikan lagi. Meskipun mengenakan T’shirt kosong berwarna putih Jennie tetap terlihat manis. Rambut indahnya tanpa sebarang aksesoris anting juga mampu membuatnya terlihat anggun.

Seiring dengan perkembangan tren, kini kebanyakan wanita lebih ingin terlihat seperti para idol, termasuk Jennie BLACKPINK. Menurut Dr. Kim, pelanggannya sering tertarik pada “intensiti keseluruhan” yang ditonjolkan pada wajah Jennie.

3. Kim Tae Hee

bw165

Dr. Kim berkata, sebelum kemunculan 3 artis popular di atas, wajah Kim Tae Hee antara menjadi kegemaran pelanggannya.

Kim Tae Hee memang dianggap sebagai salah satu wanita tercantik di Korea Selatan. Wajahnya yang cantik secara semula jadi ini membuat dia menjadi artis yang paling banyak diminati untuk buat pembedahan plastik.

4. Han Ye Seul

bw166
Artis kacukan Amerika Syarikat-Korea Selatan, Han Ye Seul juga disebut oleh Dr. Kim. Tak hanya memiliki wajah yang cantik tapi juga terlihat berkelas.

Media tempatan DongA pernah mewawancara Han Ye Seul, “Adakah bahagian tubuh yang ingin kamu perbaiki bagi menambah keyakinan diri?” Han Ye Seul dengan selamba menjawab. “Saya sudah memiliki keyakinan diri yang tinggi”

5. Irene Red Velvet

bw162

Menurut Dr. Kim, paling banyak pelanggannya yang membuat pembedahan plastik sering merujuk wajah Irene untuk mendapatkan hasil yang diimpikan. Tidak dinafikan, kerana Irene mempunyai ciri-ciri wajah yang paling cantik dan sempurna.

Irene selalu mendapat pujian atas penampilannya. Dia sangat cantik dan memiliki tubuh ramping, serta pinggang yang kecik. Irene dianggap memiliki kecantikan semulajadi.

Itulah 5 artis Korea Selatan yang dianggap paling cantik dan juga ramai menjadikan wajah-wajah ini untuk rujukan buat pembedahan plastik. Anda pilih yang mana?

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Daebaking

Sumber: hangat.com