Home News Pelanggan Bengang, Restoran Kenakan Caj Anak Buat Bising Dalam Premis

Pelanggan Bengang, Restoran Kenakan Caj Anak Buat Bising Dalam Premis

0

Sebuah restoran di Singapura mengenakan surcaj tambahan S$10 (RM30.00) ke atas pelanggan jika anak mereka bising sehingga mengganggu pelanggan lain.

Polisi terbaharu yang dilaksanakan oleh restoran Angie’s Oyster Bar & Grill, yang terletak di Bangunan Tan Boon Liat di Outram Road, walaupun bukan perkara baru, telah menimbulkan keresahan buat para pelanggan.

Menurut laporan Mothership, sebuah mesej telah dihantar kepada mereka, di mana ibu bapa telah meluahkan rasa kurang senang dengan polisi terbaharu pihak restoran. Mesej tersebut difahamkan telah dihantar kepada pelanggan yang membuat tempahan dan meminta kerusi bayi disediakan.

Screenshot 2023 05 23 110108

Pihak kedai pula memaklumkan kepada pelanggan bahawa hanya ruang kereta sorong bayi yang disediakan, manakala kerusi bayi pihak restoran tidak disediakan, kerana restoran itu bukan tempat mesra kanak-kanak.

Selain itu, pihak restoran juga berkata bahawa kanak-kanak masih dialu-alukan untuk berada di dalam premis, namun akan dicaj jika kanak-kanak ‘menjerit’, ‘tidak terkawal’ dan mengganggu pelanggan lain.

Dalam kenyataan pihak restoran, mereka menyatakan bahawa alasan mengenakan surcaj tambahan S$10 (RM30.00) adalah kerana mereka telah menerima pelbagai aduan daripada pelanggan lain mengenai gangguan yang diterima daripada pelanggan yang membawa anaknya.

Screenshot 2023 05 23 110128

“Kami telah menerima banyak aduan tentang kanak-kanak berlari tanpa pengawasan atau mengganggu meja lain semasa tempoh perkhidmatan. Ini bukan sahaja berbahaya, kerana pekerja-pekerja di sini sering bergerak dengan makanan panas dan barangan tajam, tetapi ia juga tidak menghormati pengunjung lain yang mungkin ingin menjamu selera dalam suasana tenang dan selesa” -Kata pihak restoran

Tambahan pula, aduan telah dibuat ke ibu bapa tersebut dan ada yang akur serta cuba mengawal anak mereka tetapi apa yang mengecewakan pihak restoran adalah apabila terdapat pelanggan lain juga tidak melakukan apa-apa dengan polisi tersebut.

“Kami meminta tidak lebih daripada rasa hormat antara semua tetamu kami, tetapi kami sedih bertemu dengan beberapa pengunjung yang mungkin berasa lebih berhak daripada yang lain” -Kata pihak restoran seperti yang dilaporkan oleh Mothership

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Selayang