Home Entertainment Kisah Lampau Hinata Terbongkar

Kisah Lampau Hinata Terbongkar

0

Dunia hiburan Korea Selatan masih diwarnai isu yang kurang enak yang sering melanda para artis dan calon bintang idol K-Pop.

Kali ini, isu negatif menyelubungi salah seorang peserta yang bernama Hinata yang turut serta dalam rancangan pencarian bakat iaitu Boys Fantasy.

Khabar angin yang negarif itu adalah mengenai kisah masa lalu Hinata yang tersebar luas di alam maya. Ternyata Hinata perlu menanggung akibat daripada tuduhan yang diterima. Tidak lama selepas itu, wakil rancangan MBC telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kontroversi yang menerpa peserta mereka.

579A7E1F C1A1 4C54 AB14 38391FFEA154Baca Lagi: Kim Sae Ron Mohon Ringankan Hukuman Kes Memandu Mabuk

Jadi apakah tindakan yang dilakukan oleh Hinata ‘Boys Fantasy’ pada masa lalu sehingga dia terpaksa menarik diri dari program tersebut? Bagaimanakah isu hangat ini bermula? Kami memetik beberapa sumber untuk kisah ini, jom semak kronologinya di bawah ini:

E494DCB8 D46B 475C A148 94EDF63DC1BEBermula dari hantaran seorang pembaca misteri

Serangan tidak terduga tersebut muncul daripada seorang individu misteri yang menceritakan kisah masa lampau salah seorang peserta yang berasal dari Jepun dalam ‘Boys Fantasy’ iaitu Hinata pada 6 Mac 2023, tepat 2 minggu sebelum program tersebut rasmi diudarakan di MBC.

984444CA C33A 4786 AB57 F21866D1F07D
Anonim tersebut membuat hantaran pada laman komuniti daring Korea Selatan. Dia mendakwa Hinata pernah melakukan perkara tidak senonoh sewaktu Hinata masih aktif dalam dunia Tik Tok dan masih di bangku sekolah menengah. Individu tersebut menulis, “sangat bahaya untuk membiarkan Hinata melakukan debutnya. Jangan menyokong Hinata,”.

Hinata dikhabarkan mengakui sebahagian isu tersebut

Bukan sahaja individu tersebut melarang orang ramai untuk menyokong Hinata, dia juga turut membocorkan maklumat bahawa Hinata telah berkelakuan tidak senonoh dengan seorang pelajar perempuan di sekolahnya suatu ketika dulu.

Tanpa perlu menunggu lama, Hinata tampil untuk menjelaskan keadaan yang berlaku dan mengakui beberapa tuduhan yang dilemparkan ke atasnya. Namun, tidak dijelaskan secara terperinci tuduhan mana satukah yang diakui dan mana yang tidak diakui oleh Hinata.

Wakil program mengeluarkan kenyataan rasmi

Setiap kali khabar angin negatif bertiup kencang dan menyelubungi artis Korea Selatan, maka wakil-wakil di agensi atau produksi penyiaran akan sangat berhati-hati untuk mempertahankan setiap artis. Perkata serupa juga dilakukan oleh wakil dari Boys Fantasy, mereka dengan segera mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai Hinata.

Telah disahkan bahawa masalah peribadi masa lalu muncul dan peserta kita telah mengakui sebahagian dari isu tersebut. Dia meminta maaf dan menyesali perkara tersebut. Pihak produksi juga menyedari betapa seriusnya kontroversi ini,” tulis seorang wakil program Boys Fantasy.

Pihak Boys Fantasy juga mengesahkan bahawa Hinata memutuskan untuk menarik diri dari rancangan tersebut kerana kontroversi kehidupan peribadinya itu. Pihak produksi berusaha untuk melakukan suntingan bagi babak-babak yang melibatkan Hinata dengan sebaik mungkin.
87B8B932 E4AB 4EBC ADAD CF3BEC8305F9Selain itu, pihak produksi tidak menerangkan secara terperinci tentang tuduhan-tuduhan lain yang dilemparkan ke atas Hinata. Mereka mengambil langkah berjaga-jaga untuk tidak mengambil risiko terhadap gosip negatif yang tersebar.

Pihak produksi tetap perlu berhati-hati kerana setiap kontrovetsi boleh memberikan impak yang cukup kuat terhadap sesuatu program penyiaran. Semakin popular sesebuah program, maka semakin kuat impak yang diterima apabila salah seorang peserta memiliki kisah negatif pada masa lalunya, sama seperti MBN ‘Burning Trotman’ atau kes manipulasi Produce 101.

Walau tanpa kehadiran Hinata, kita masih masih boleh menyaksikan para peserta lain yang berbakat untuk menunjukkan kemampuan dalam program Boys Fantasy pada 23 Mac akan datang. Harapnya kes ini tidak memberi kesan buruk kepada peserta-peserta lain.

Baca Juga: Jung Sung Il The Glory Pernah Hidup Miskin