Home Entertainment Rani Mukherjee Berlakon Dalam Filem Yang Diambil Dari Kisah Benar

Rani Mukherjee Berlakon Dalam Filem Yang Diambil Dari Kisah Benar

0

Siapa tidak kenal dengan bintang lagenda Bollywood yang terkenal dengan kecantikkan semulajadinya, dengan mata berwarna coklat hazel dan senyuman manis yang memukau sesiapa sahaja memandangnya.

90D0EA92 A586 4E4F BEE6 F9B4CEB0F38F

Beliau adalah bintang yang mula dikenali melalui lakonannya di Kuch Kuch Hota Hai pada 1998 sebuah filem romantik yang menjadi fenomena kegilaan peminat Bollywood di seluruh dunia ketika itu, gandingan bersama Shah Rukh Khan dan Kajol. Rani Mukherjee mula menjadi idola dan kesayangan kepada industri perfileman dan juga dikalangan peminatnya sehinggalah ke hari ini.

Tidak pernah sekali pun kemunculannya hambar kerana wajah serta lakonannya pasti membuatkan penonton dan para peminatnya kagum. Kehebatannya sebagai seorang pelakon versetil sememangnya tidak dapat disangkal lagi. Kini Rani membuat kemunculan semula untuk filem terbarunya dalam “Mrs Chatterjee Vs Norway” yang bakal ditayangkan di pawagam pada 17 Mac 2023 ini.

E675C0B9 94C5 4ABF 9AC4 C7386B3EDA40

Mrs Chatterjee Vs Norway merupakan filem Hindi yang diambil dari KISAH BENAR tentang seorang ibu dari India yang menetap di Norway dimana anak-anaknya diambil oleh Perkhidmatan Perlindungan Kanak-Kanak Norway pada tahun 2011 dan perjuangannya “menentang negara Norway” untuk mendapatkan semula anak-anaknya.

Filem ini ditulis oleh Rahul Handa dan Sameer Satija dan diarahkan oleh Ashima Chibber. Dihasilkan oleh Monisha Advani, Madhu Bhojwani dan Nikkhil Advani di bawah naungan syarikat Emmay Entertainment dan edaran oleh Zee Studios. Dibintangi oleh Rani Mukherjee, Anirban Bhattacharya dan beberapa pelakon dari Norway turut bersama menjayakan filem ini.

Pastinya para penonton tertanya-tanya berkisar apakah filem “Mrs Chatterjee Vs Norway” ini kan? Berikut merupakan fakta-fakta yang diambil dari sumber NDTV.com yang pernah menyiarkan berita serta artikel berkenaan pasangan India yang anak-anak kecil mereka dirampas oleh pihak berkuasa Norway pada tahun 2011.

1. Kedua-dua anak pasangan Sagarika dan Anurup Bhattacharya dari Kolkata India yang menetap di Norway telah diambil oleh Perkhidmatan Perlindungan Kanak-Kanak Norway pada 11 Mei 2011.

B6FB4378 DE47 4828 BBBD CAF00B1417CD ADD011E1 E5CC 46A9 B61C 3393D5713E97

2. Mereka didakwa tidak membesarkan anak-anak mereka dengan betul seperti menyuap anak mereka dengan tangan dan tidur di atas katil yang sama dengan mereka.

Walhal ini adalah kerana perbezaan budaya dimana warga India kebanyakkanya tidak mungkin meninggalkan anak-anak di bilik berasingan. Menyuap anak dengan tangan pula adalah tradisi India yang normal. Namun tindakan mereka itu dianggap seperti memberi makan secara paksa.

Anurup Bhattacharya, seorang saintis geo, yang datang bekerja dan tinggal di Stavanger di Norway pada 2007, berkata: “Kami telah menjadi ibu bapa yang jujur ​​dan sempurna. Mungkin ada isu didikan kerana perbezaan budaya.”

3. Kes ini telah dibawa ke mahkamah pada 30 November 2011 dimana ketika Avigyan, yang berusia dua setengah tahun, dan Aishwarya, yang berusia setahun akan ditempatkan di rumah angkat berasingan sehingga mereka berumur 18 tahun.

4. Ibubapa mereka hanya dibenarkan berjumpa mereka dua kali dalam setahun selama satu jam pada satu masa. Mereka telah melawat dan berjumpa anak-anak mereka buat kali pertama pada Februari 2012. Anurup dan Sagarika Bhattacharya dibenarkan menghabiskan masa beberapa jam bersama anak-anak mereka dengan kehadiran pekerja sosial.

062F0E87 DF1B 4F59 AAF0 52BD1AE4D609

5. Perkhidmatan Perlindungan Kanak-Kanak Norway telah mendapat kecaman hebat dari pelbagai pihak kerana menempatkan terlalu ramai kanak-kanak di rumah kebajikan namun mereka tetap dengan keputusan mereka.

6. Selain Norway, Sweden, Denmark dan Finland turut mempunyai sejarah yang panjang melibatkan rampasan kanak-kanak.

7. Kes itu telah mendapat banyak perhatian di India dan campur tangan kerajaan India untuk mencari jalan penyelesaian segera kepada pertikaian itu. Malah, saudara-mara ibu bapa Anurup dan Sagarika Bhattacharya telah bertemu dengan Presiden India Pratibha Patil untuk meminta campur tangan beliau.

FFA7375E D0A0 4BE8 8C2D 920B528FF381

8. Kedutaan India telah memberitahu pihak berkuasa Norway bahawa kanak-kanak itu tidak mendapat faedah daripada dibesarkan dalam persekitaran budaya dan bahasa mereka sendiri. Adalah penting bahawa kanak-kanak harus kembali ke India supaya mereka boleh dibesarkan dalam persekitaran yang biasa di bawah jagaan keluarga besar mereka.

9. Setelah hampir setahun berhadapan dengan pelbagai dugaan dan kepayahan memperjuangkan hak kedua ibubapa malang ini, mahkamah daerah Stavanger Norway akhirnya memberikan hak penjagaan kedua kanak-kanak itu kepada bapa saudara mereka Arunabhash Bhattacharya.

Baca Lagi: 21 Senarai Filem India Menarik Di Prime Video

Baca Juga: 3 Filem Pilihan Dari India Minggu Ini Berdasarkan Kisah Benar