Home Food Dulu Orang Korea Beratur Panjang Beli Roti Ikonik Dari Malaysia Ini, Kini...

Dulu Orang Korea Beratur Panjang Beli Roti Ikonik Dari Malaysia Ini, Kini Tinggal Nostalgia

0

Aromanya sahaja sudah menggamit selera para pejalan kaki yang lalu di depan kedainya, tidak hairanlah mengapa orang sanggup beratur panjang untuk beli rotiboy atau roti kopi ini.

qqqqq
Biasa nampak ahjussi ni? Kredit foto: Rotiboy Korea

Situasi ini tidak hanya pernah berlaku di Malaysia, tetapi juga negara-negara Asia lain termasuk pasaran Korea Selatan yang ditawannya.

Mengikut perkongsian menarik di YouTube saluran Blimey, terdapat ribuan ulasan yang dibuat oleh netizen Korea di blog-blog dan laman sosial.

“Ada orang makan rotiboy pagi ni di dalam tren. Saya dah tak boleh tahan baunya. Kejam betul orang yang makan tu. Nak juga…” – Netizen Korea.

Ketika mereka menemu ramah penduduk tempatan, rata-ratanya pernah dengar Rotiboy. Jenama pastri dari Malaysia ini amat popular suatu ketika dulu di Korea dan ramai beratur nak beli.

“Setiap stesen keretapi utama mesti sekurang-kurangnya ada satu kedai rotiboy.” – Warga Korea.

Pun begitu, ramai juga yang sebut kini susah nak jumpa rotiboy di Korea. Apa sebenarnya sudah berlaku?

Rancak campaign 1640x614 1 11

Apabila tim Blimey siasat, mereka mendapati sebuah akhbar Korea melaporkan pada tahun 2008, terdapat kira-kira 200 cawangan kedai di seluruh Korea.

Namun selepas popular, ramai pula jenama lain tiru konsep roti tersebut, menyebabkan saingan sengit berlaku. Akhirnya Rotiboy tewas dalam persaingan, dikatakan muflis pada tahun 2012 dan hanya beberapa kedai sahaja yang tinggal.

3333
Kredit foto: Blimey/YouTube

Salah satunya adalah di Incheon. Apabila YouTuber Korea pergi ke kedai rotiboy di sana, mereka mencuba pelbagai jenis roti.

Tauke kedai turut ditemu ramah dan dia tahu roti ini berasal dari Malaysa serta diajar cara membuatnya. Katanya, kebanyakan pelanggan yang datang ke kedai itu mahu mengulang semula memori lampau ketika makan rotiboy di sekolah atau universiti.

Ketika belek bungkusan rotiboy, mereka terkejut jumpa maklumat tentang asal usul roti itu memang sudah tercetak di situ. Termasuk tahun kewujudannya, serta tahun kedatangan ke Korea pada 2007. Malah bahagian maklumat dalam bahasa Melayu mengatasi bahasa Korea yang duduk di bawahnya.

3333333
Kredit foto: Blimey/YouTube
qaaa 1
Kredit foto: Blimey/YouTube

Tonton video asal di bawah:

Bagaimana pun KL Foodie melaporkan terkini Rotiboy membuka lagi cawangan di Ilsan, Korea Selatan menjadikan francaisnya di sana ada lebih 60 buah kedai.

Menyorot sejarah Rotiboy, semuanya bermula di bakeri Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada tahun 1998. Nama ‘Rotiboy’ itu terhasil daripada insiden pengasasnya yang memanggil anak saudaranya ‘naughty-boy’ dan selebihnya menjadi sejarah.

Pada asalnya dipasarkan sebagai roti kopi Mexico. Menurut Tasteatlas, roti ini mungkin ambil inspirasi daripada Concha, sejenis roti manis dari Mexico.

roti

Begitulah serba sedikit kisah rotiboy yang mungkin tiada siapa boleh lupa rasanya yang berkerak kopi di luar, lembut dengan inti mentega atau krim keju di dalamnya.

Sumber: Blimey, Wikipedia, Tasteatlas, KL Foodie

Kredit foto utama: Blimey/YouTube & Rotiboy Korea Facebook Page