Home Kdrama/Kmovie Drama “Phantom Lawyer” Debut No.1 Rating, Gabung Kisah Mahkamah, Roh dan Komedi

Drama “Phantom Lawyer” Debut No.1 Rating, Gabung Kisah Mahkamah, Roh dan Komedi

0

Drama “Phantom Lawyer” lakonan Yoo Yeon Seok dan Esom mencatat rating kukuh pada episod pertama. Ketahui sinopsis, barisan pelakon dan fakta menarik drama fantasi undang-undang terbaru di Viu ini.

Drama “Phantom Lawyer” yang dibintangi oleh pelakon popular Yoo Yeon Seok akhirnya membuat tayangan perdana dan terus mencuri perhatian penonton pada 13 Mac. Dua episod pertama drama fantasi undang-undang ini berjaya meraih kedudukan teratas dalam slot siaran pada malam tayangannya, sekali gus menandakan permulaan yang memberangsangkan untuk siri baharu SBS tersebut.

Menurut data Nielsen Korea, dua episod pertama “Phantom Lawyer” yang disiarkan pada 13 dan 14 Mac 2026 mencatatkan purata 6.3 peratus rating nasional, dan meningkat kepada purata rating seluruh negara sebanyak 8.7 peratus untuk episod keduanya, menandakan lonjakan ketara daripada rating 6.3 peratus yang diperoleh daripada tayangan perdananya pada malam sebelumnya.

Ini menjadikannya antara program paling banyak ditonton pada malam tersebut. Pencapaian ini menunjukkan minat tinggi penonton terhadap gabungan genre undang-undang, unsur supernatural dan komedi yang ditawarkan oleh drama ini.

Drama Phantom Lawyer Kisah Peguam Yang Boleh Melihat Roh

Drama Phantom Lawyer
Drama Phantom Lawyer

“Phantom Lawyer” mengangkat premis unik yang menggabungkan dunia mahkamah dengan elemen paranormal. Drama ini mengisahkan Shin Yi Rang, seorang peguam biasa yang bercita-cita membina firma guamannya sendiri. Kehidupannya berubah secara drastik selepas dia membuka pejabat baharu di sebuah bangunan yang dahulunya milik seorang bomoh.

Sejak berpindah ke pejabat tersebut, Yi Rang mula mengalami kejadian pelik apabila dia tiba-tiba mampu melihat dan berkomunikasi dengan roh. Roh-roh yang masih menyimpan dendam atau ketidakadilan datang kepadanya sebagai “klien” untuk menuntut keadilan melalui sistem perundangan.

Dalam usahanya menyelesaikan kes-kes luar biasa ini, Yi Rang sering dirasuk oleh roh tersebut ketika berada di mahkamah. Keadaan itu membuatkan personalitinya berubah-ubah bergantung kepada roh yang merasuknya, sekali gus mencipta situasi yang tidak dijangka dan kadangkala lucu.

Gandingan Yoo Yeon Seok dan Esom

Drama Phantom Lawyer

Dalam drama Phantom Lawyer ini, Yoo Yeon Seok membawa watak utama Shin Yi Rang, seorang peguam yang pada awalnya kelihatan yakin tetapi sebenarnya agak penakut dan canggung apabila berhadapan dengan perkara luar biasa.

Yi Rang kemudian bekerjasama dengan seorang peguam elit bernama Han Na Hyeon, yang dilakonkan oleh Esom. Na Hyeon dikenali sebagai peguam hebat dengan rekod kemenangan hampir sempurna di firma guaman besar. Namun, kehidupannya berubah apabila dia mengalami kekalahan kes pertama dan secara tidak sengaja bertemu dengan Yi Rang.

Pada mulanya Na Hyeon tidak percaya dengan dakwaan Yi Rang yang mengatakan dia boleh melihat roh. Namun selepas menyaksikan beberapa kejadian aneh, dia akhirnya terpaksa menerima hakikat bahawa kemampuan tersebut benar-benar wujud.

Gandingan dua watak yang sangat berbeza ini menjadi teras utama drama. Yi Rang yang agak kelam-kabut tetapi berhati baik digandingkan dengan Na Hyeon yang rasional, tegas dan sangat kompetitif dalam dunia perundangan.

Sinopsis Drama Korea Phantom Lawyer (2026): Peguam Yang Boleh Melihat Hantu
Senarai Drama Korea Mac 2026: Lineup Terkini Penuh Genre, Dari Romantik Hingga Thriller

Gabungan Genre Undang-Undang, Supernatural dan Komedi

Drama phantom lawyer

Salah satu kekuatan utama drama “Phantom Lawyer” ialah gabungan genre yang jarang dilihat dalam drama Korea. Ceritanya bukan sahaja memaparkan konflik mahkamah dan siasatan kes, malah turut mengangkat kisah roh-roh yang ingin menuntut keadilan selepas kematian mereka.

Setiap episod dijangka membawa kes baharu yang melibatkan roh dengan latar belakang kisah hidup yang berbeza. Melalui kes-kes tersebut, drama ini turut menyentuh tema seperti keadilan, penyesalan, kehilangan dan peluang kedua. Selain itu, setiap kes juga diselitkan dengan humor dan komedi yang sangat menhiburkan.

Pendekatan ini menjadikan drama “Phantom Lawyer” bukan sekadar drama mahkamah biasa, tetapi juga sebuah kisah emosional yang menggambarkan bagaimana undang-undang boleh menjadi medium untuk menyelesaikan kisah yang belum selesai walaupun selepas kematian.

Produksi dan Jadual Siaran

Drama Phantom Lawyer

“Phantom Lawyer” merupakan drama hasil tulisan Kim Ga Young dan Kang Cheol Gyu, manakala arahan diberikan kepada pengarah Shin Jung Hoon. Drama ini diterbitkan oleh Studio S bersama Mongjakso. 

Siri ini mula disiarkan di saluran SBS dan platform penstriman Viu pada 13 Mac 2026 dan dijadualkan mempunyai 16 episod. Ia ditayangkan setiap Jumaat dan Sabtu pada jam 9:50 malam (KST).

Permulaan Yang Menjanjikan

IMG 2117

Dengan rating permulaan yang kukuh serta premis cerita yang segar, drama “Phantom Lawyer” dilihat berpotensi menjadi salah satu drama Korea yang mendapat perhatian besar pada tahun 2026.

Gabungan lakonan Yoo Yeon Seok yang terkenal menerusi drama seperti “Hospital Playlist” bersama Esom yang sering dipuji kerana lakonan emosionalnya dijangka menjadi faktor utama yang menarik minat penonton.

Jika momentum ini dapat dikekalkan sepanjang siaran, tidak mustahil drama “Phantom Lawyer” akan menjadi satu lagi drama hit dalam genre undang-undang yang berjaya memikat peminat K-drama di peringkat global.

Pastikan jangan terlepas dari menyaksikan drama Korea “Phantom Lawyer” ini di aplikasi Viu, tayangan setiap hari Jumaat dan Sabtu.

Langgan juga Viu Premium untuk menonton pelbagai genre drama Korea tanpa sebarang gangguan iklan!