Bake Your Dream ialah rancangan realiti K-variety terbaru di Viu yang menampilkan 72 tukang roti terbaik dunia bersaing untuk hadiah lumayan dan peluang membuka jenama sendiri.
Kalau anda ingat rancangan memasak biasa dah cukup menarik, yang ini memang lain macam. Rancangan realiti terbaru dari Korea, Bake Your Dream, kini jadi bualan ramai dan bukan tanpa sebab. Dan apa yang mereka rebut? Bukan sekadar gelaran juara.
Konsep Unik: Survival Bakeri Skala Besar

“Bake Your Dream” menampilkan seramai 72 peserta yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. Daripada pakar tersembunyi, pendatang baharu berbakat, baker antarabangsa hingga wakil kedai bakeri terkenal. Rancangan ini dikendalikan oleh hos popular, Lee Da-hee, dengan set pentas yang direka seperti kilang bakeri gergasi, melambangkan perjalanan mengejar impian dalam dunia pembuatan roti.
Para peserta bersaing untuk merebut hadiah utama lumayan bernilai 100 juta won Korea, peluang melancarkan jenama sendiri serta sebuah SUV elektrik premium.
Bukan Sekadar Membuat Roti, Ini Pertarungan Identiti

Apa yang buat Bake Your Dream lain daripada rancangan baking biasa, setiap peserta bukan sekadar masak. Mereka “cerita diri” melalui roti.
Dalam episod pertama, peserta diberi cabaran hasilkan “signature bread” iaitu roti yang melambangkan siapa mereka sebenarnya. Ada yang bawa kisah keluarga. Ada yang tonjolkan budaya sendiri. Dan ada juga yang sanggup ambil risiko besar demi impress juri. Memang penuh emosi.
Beberapa peserta menonjol termasuk:
- Yoon Yeon-jung, digelar “Raja Paten Roti” dengan lima paten sejak 2019
- Yoon Hwa-young, dikenali sebagai “Fine Dining Baker”
- Lee Hye-seong, bekas penyampai berita yang kini serius dalam dunia bakeri
Selain itu, penyertaan peserta antarabangsa seperti Alessio Galli (Itali/Perancis), Clément Bosch (Perancis), Kobayashi Susumu (Jepun), Kalya Yuls (Indonesia), dan Zeng Ziying (China) menjadikan persaingan lebih sengit di peringkat global. Peserta termuda berusia 14 tahun, Kim Kyu-rin, turut mencuri perhatian apabila menunjukkan bakat luar biasa, sekaligus memberi inspirasi kepada penonton.
Suka Makanan Korea? Ini 5 Rancangan Menarik di Viu Yang Confirm Buat Anda Terliur
3 Filem Korea Romantik, Fantasi dan Supernatural di Viu Harus Tonton
Walid (2026): Drama Viu Original Berani Bongkar Penyalahgunaan Kuasa dan Konflik Agama
Barisan Juri Bukan Calang-Calang

Rancangan ini dihoskan oleh pelakon popular Lee Da Hee yang berjaya bawa aura dramatik dalam setiap episod. Lebih menarik, panel juri terdiri daripada pakar industri sebenar termasuk:
- Chef profesional
- Pemenang pertandingan kulinari
- Pakar jenama makanan
Maknanya, setiap komen juri bukan sekadar “sedap” atau “tak sedap”, tapi kritikan level profesional.
Cabaran Makin Gila Setiap Episod

Jangan sangka semua berjalan lancar. Setiap episod hadir dengan cabaran yang makin susah:
- Masa terhad
- Tema pelik & kreatif
- Tekanan tinggi
- Eliminasi yang kejam
Silap sikit, terus tersingkir. Sebab itu, ada peserta yang breakdown, ada yang hampir putus asa dan itu yang buat penonton lagi melekat depan skrin.
Pertembungan Budaya Dalam Satu Dapur

Apa yang paling menarik, rancangan ini satukan teknik baking dari seluruh dunia.
Daripada:
- Roti klasik Perancis
- Pastri Jepun yang halus
- Hinggalah gaya baking moden Korea
Semua bertembung dalam satu dapur dan di sinilah lahirnya idea-idea luar jangka.
“Bake Your Dream” Dominasi Slot Siaran, Raih Rating Tinggi & Cetus Fenomena Bakeri!

“Bake Your Dream”, mencipta kejutan besar apabila episod pertamanya berjaya mencatat rating 2.3%, sekali gus menduduki tempat pertama dalam slot siaran bagi kategori hiburan di saluran kabel dan program umum. Kejayaan ini membuktikan potensi besar rancangan survival berkonsepkan bakeri sebagai trend baharu dalam industri hiburan Korea.
Rancangan ini bukan sahaja menarik perhatian penonton, malah turut memberi impak langsung kepada industri bakeri. Kedai bakeri yang dipaparkan dalam episod pertama milik peserta Na Su-ji dan Hwang Ji-o, dilaporkan menerima tempahan penuh selepas muncul dalam platform “Catch Table”, sekali gus menandakan kelahiran fenomena IP baharu dalam dunia penyiaran.
Kenapa Ramai Dah Mula ‘Hooked’?

Jujurnya, Bake Your Dream bukan sekadar rancangan memasak.
Ini adalah:
- Reality show + drama + inspirasi
- Ada tekanan, air mata, dan kejayaan
- Visual cantik (standard K-variety memang padu)
Sekali mula tengok… memang susah nak berhenti.
Boleh Tonton Sekarang Di Viu
Untuk yang belum tahu, rancangan ini dah mula ditayangkan di platform Viu sejak Februari 2026. Dengan episod berdurasi sekitar 90 minit, setiap episod menawarkan pengalaman tontonan yang padat dan mendebarkan. Episod baru akan keluar secara berkala dan setakat ini, respon penonton memang sangat positif.
Langgan juga Viu Premium untuk menonton pelbagai rancangan realiti dan drama Korea tanpa sebarang gangguan iklan!








