Home Kdrama/Kmovie Drama Korea Our Universe (2026) Raih Perhatian, Bayi Comel Jadi Tarikan Utama

Drama Korea Our Universe (2026) Raih Perhatian, Bayi Comel Jadi Tarikan Utama

0
Screenshot

Drama Korea Our Universe mencuri perhatian dengan kecomelan bayi 20 bulan dan lakonan Bae In Hyuk serta Roh Jeong Eui. Ini fakta-fakta menariknya.

Drama Korea Our Universe telah mula ditayangkan pada hari Rabu, 4 Februari 2026, dan segera mencuri perhatian penonton. Lakonan Bae In Hyuk dan Roh Jeong Eui sebagai ibu bapa muda berjaya menghadirkan pelbagai detik mencuit hati apabila mereka perlu menjaga seorang bayi berusia 20 bulan yang ditinggalkan oleh ibu bapanya.

Sinopsis Drama Korea Our Universe

Drama korea our universe

Drama Korea Our Universe mengisahkan dua orang adik ipar yang sering berselisih faham, iaitu Sun Tae Hyeong (lakonan Bae In Hyuk) dan Woo Hyun Jin (lakonan Roh Jeong Eui), yang terpaksa tinggal bersama bagi membesarkan anak saudara mereka.

Sun Tae Hyeong bekerja sebagai pembantu jurugambar dan amat menghargai kebebasan serta ruang peribadinya. Di sebalik sikapnya yang kelihatan santai dan bebas, dia sebenarnya menyimpan luka emosi yang mendalam.

Bloody Flower, Kisah Pembunuh Bersiri dengan Keupayaan Menyembuhkan Penyakit
Lepas Tonton Even If This Love Disappears Tonight, Ini 6 Filem Cinta Korea & Jepun Yang Buat Hati Remuk

Drama korea our universe Drama korea our universe

Sementara itu, Woo Hyun Jin merupakan seorang pencari kerja yang mengimpikan kehidupan yang sederhana dan stabil. Hubungan mereka sebagai adik ipar sering dipenuhi pertengkaran kerana perbezaan pandangan dalam pelbagai hal.

Tragedi berlaku apabila abang kepada Sun Tae Hyeong dan kakak kepada Woo Hyun Jin meninggal dunia dalam satu kemalangan. Mereka meninggalkan seorang bayi berusia 20 bulan bernama Sun Woo Joo (lakonan Park Yu Ho). Keadaan ini memaksa kedua-dua adik ipar tersebut untuk tinggal bersama demi menjaga dan membesarkan anak saudara mereka.

Dalam usaha menyesuaikan diri dengan tanggungjawab sebagai ‘ibu bapa terdekat’, Sun Tae Hyeong dan Woo Hyun Jin mula merungkai salah faham yang selama ini memisahkan mereka, sekali gus mengubah hubungan antara mereka.

Pelakon Park Seo Ham turut membintangi drama ini sebagai Park Yoon Sung, ketua pasukan perancangan di syarikat makanan BS Food serta cinta pertama Woo Hyun Jin ketika di kolej. Kehadirannya menambahkan elemen dramatik dan mengujakan dalam perkembangan kisah cinta antara Sun Tae Hyeong dan Woo Hyun Jin.

Kecomelan bayi tersebut turut menjadi tarikan utama dalam drama Korea Our Universe. Ramai penonton terpikat dengan ekspresi wajahnya yang semula jadi, seolah-olah benar-benar memahami perbualan antara Bae In Hyuk dan Roh Jeong Eui.

Sebelum tayangan perdananya, bayi yang dikenali sebagai Park Yu Ho telah menjadi topik perbualan hangat susulan gelagatnya semasa sidang akhbar drama Our Universe. Dia dilihat duduk dengan tenang di atas riba Bae In Hyuk sambil menonton video di telefon bimbit, serta bermain dengan kereta mainan untuk menenangkan dirinya.

Drama korea our universe

Detik tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai reaksi positif daripada netizen, yang kagum dengan kecekapan Bae In Hyuk mengendalikan bayi itu seperti seorang bapa muda sebenar. Roh Jeong Eui turut dilihat berinteraksi mesra dengan bayi comel tersebut sepanjang sidang akhbar berkenaan.

Drama Korea Our Universe ini sesuai dijadikan pilihan tontonan pada waktu lapang. Episod baharu Our Universe disiarkan setiap hari Rabu dan Khamis pada jam 10.40 malam waktu Korea (KST) di saluran tvN. Penonton di Malaysia pula boleh menonton drama ini dengan sari kata bahasa Melayu menerusi platform penstriman HBO Max.