Bloody Flower ialah drama Korea terbaharu bergenre thriller, misteri dan jenayah psikologi yang mula ditayangkan pada 4 Februari 2026 menerusi platform penstriman Viu.
Drama ini mencuri perhatian kerana mengetengahkan konflik moral yang berat, membabitkan persoalan antara keadilan undang-undang dan nilai nyawa manusia.
Jalan Cerita Bloody Flower
Drama ini mengisahkan Lee Woo-gyeom (Ryeoun), seorang lelaki yang ditahan sebagai suspek pembunuh bersiri dalam beberapa kes pembunuhan kejam. Namun, siasatan terhadap dirinya menjadi semakin rumit apabila Woo-gyeom mendakwa mempunyai keupayaan perubatan luar biasa, iaitu mampu menyembuhkan penyakit kronik dan penyakit yang selama ini dianggap mustahil untuk dirawat.
Pengakuan tersebut menimbulkan dilema besar kepada pihak berkuasa dan sistem keadilan:
Adakah seseorang yang membunuh tetap wajar dihukum mati sekiranya dia mampu menyelamatkan ribuan nyawa lain?
Genre Undang-Undang Terus Mendominasi Drama Korea Awal 2026, ‘Honour’ Antara Yang Kini Popular
Drama Korea ‘Honour’ Kini Jadi Bualan, Thriller Perundangan Sarat Konflik Emosi
Konflik Utama

Konflik cerita berkembang melalui pertembungan tiga watak utama:
- Lee Woo-gyeom – Pembunuh bersiri yang memiliki kebolehan menyembuhkan penyakit serius, sekali gus menjadi harapan terakhir bagi ramai pesakit.
- Park Han-joon – Seorang peguam yang sanggup mempertahankan Woo-gyeom kerana anak perempuannya sendiri menghidap penyakit kritikal dan hanya Woo-gyeom mampu menyelamatkannya.
- Cha Yi-yeon – Pendakwa raya yang tegas, berpegang kuat pada prinsip keadilan dan berusaha memastikan Woo-gyeom menerima hukuman setimpal atas jenayahnya.
Pertembungan ideologi antara ketiga-tiga watak ini menjadikan Bloody Flower bukan sekadar drama jenayah, tetapi sebuah kisah yang menguji nilai moral, kemanusiaan dan kepercayaan terhadap sistem keadilan.
Barisan Pelakon Bloody Flower

Drama ini dibintangi oleh pelakon Korea terkenal:
- Ryeoun sebagai Lee Woo-gyeom
- Sung Dong-il sebagai Park Han-joon
- Keum Sae-rok sebagai Cha Yi-yeon
Gandingan mantap ini memperkukuhkan lagi emosi dan ketegangan dalam setiap episod.
Tarikh & Platform Tontonan

Bloody Flower mula ditayangkan pada 4 Februari 2026, dengan episod baharu disiarkan setiap Rabu secara eksklusif di Viu. Drama ini sesuai untuk penonton yang menggemari kisah thriller berat, plot berlapis dan isu moral yang mencabar pemikiran.
- Tajuk Drama: Bloody Flower
- Juga dikenali sebagai: Flower of Death, Jugeumeui Kkot, The Saviour: Choice of Death, 죽음의 꽃
- Genre: Thriler, Misteri, Psikologi, Jenayah
- Pelakon utama: Ryeoun, Sung Dong Il, Keum Sae Rok
- Pengarah: Han Yoon Sun
- Jadual Tayangan: 4 Februari 2026, 2 episode setiap hari Rabu
- Jumlah episode: 8 episode
- Durasi: 60 minit
Langgan juga Viu Premium untuk menonton pelbagai genre drama Korea tanpa sebarang gangguan iklan!








