Home Anime Anime 2025, Permata Tersembunyi yang Harus Ditonton

Anime 2025, Permata Tersembunyi yang Harus Ditonton

0

Tahun 2025 menjadi salah satu tahun paling meriah dengan pelbagai tayangan anime baharu. Judul-judul besar daripada siri shōnen ternama hinggalah kesinambungan francais popular mendominasi senarai tontonan, sekali gus menjadi bualan hangat di media sosial dan platform penstriman.

Daripada kisah romantik hingga drama perubatan, pilihan yang ditawarkan memang pelbagai. Namun, di sebalik sorotan nama besar itu, wujud juga anime-anime lain yang tidak kurang hebatnya. Siri-siri ini menghadirkan jalan cerita penuh emosi, animasi memukau, serta idea asli yang segar,  sayangnya, kurang mendapat perhatian sewajarnya.

Berikut ialah senarai anime yang mungkin masih belum dikenali ramai, tetapi wajar untuk anda tonton. Siapa tahu, salah satunya bakal menjadi kegemaran baharu anda!

1. ANYWAY I’M, FALLING IN LOVE WITH YOU

Anime

Anime ini mengetengahkan percintaan remaja dengan sentuhan nostalgia zaman persekolahan. Kisahnya mengenai dua sahabat lama yang mula menyedari perasaan mereka antara satu sama lain. Walaupun penuh dengan elemen klise, penyampaiannya terasa klasik dan jujur.

Setiap detik kecil, seperti berbual di bawah langit musim dingin, membawa kedalaman emosi yang jarang diketengahkan dalam anime popular lain. Sesuai buat penonton yang merindui romantik sederhana tetapi sarat makna.

2. AMEKU M.D.: DOCTOR DETECTIVE

6407e4f2 e934 4925 84bf 042fdb2785af

Gabungan drama perubatan dengan misteri penyiasatan menjadikan anime ini unik pada tahun 2025. Dr. Ameku menggunakan kepakarannya untuk menyelesaikan kes-kes perubatan rumit, sambil menyingkap dilema moral dalam dunia kesihatan dan undang-undang.

Meskipun berkualiti tinggi, siri ini kurang mendapat perhatian, walhal tarikannya setanding dengan The Apothecary Diaries. Ia memberi perspektif baharu bahawa dunia perubatan boleh dipaparkan menarik melalui format penyiasatan.

3. MEDALIST

178a54bb 53f5 4649 9465 e0cc0dc0c7f1

Berbeza daripada kebanyakan anime sukan lain, Medalist memfokuskan pada dunia luncur indah (figure skating). Kisahnya berkisar tentang seorang atlet muda bersama jurulatihnya yang penuh semangat. Adegan pertandingan divisualisasikan dengan animasi mempesona setaraf layar perak.

Ramai penonton menyifatkan ia sebagai penerus semangat Yuri!!! on Ice. Perjuangan watak utamanya menonjolkan betapa kerasnya dunia sukan profesional.

4. ZENSHU

6fa4384c 8ce5 4a7f 8f4f 3b1724fb419b

Anime ini mengisahkan perjalanan Natsuko Hirose, seorang lulusan sekolah menengah yang melangkah masuk ke dunia animasi. Namun, projek keduanya sebagai pengarah terhenti kerana dia tidak pernah mengalami cinta. Pencariannya terhadap makna cinta membentuk sebuah drama peribadi yang menyentuh hati.

Kisahnya sangat dekat di jiwa, khususnya buat para pencipta muda yang cuba menyeimbangkan realiti dengan idealisme. Penonton dapat merasai konflik batin seorang kreator yang dahagakan pengalaman hidup demi menyokong karyanya.

5. HONEY LEMON SODA

a26179ee 9e45 4c68 a0d9 e5db404eb736

Diadaptasi daripada manga popular, anime ini menceritakan tentang Yuki, seorang gadis pemalu yang berusaha mengubah dirinya di zaman sekolah menengah. Dia mendapat dorongan daripada seorang rakan berambut perang cerah. Suasananya ringan, penuh semangat, dan cukup menginspirasi.

Ironinya, populariti anime ini tidak setinggi judul percintaan remaja lain pada tahun ini. Namun, kisahnya mampu memberi motivasi kepada penonton muda yang sedang mencari keberanian untuk berubah.

6. I HAVE CRUSH AT WORK

8717f7d2 91c9 4c61 a13d d0d88735e7d8

Kisah percintaan di pejabat jarang dipersembahkan dengan matang dalam anime, tetapi judul ini berjaya melakukannya. Ia menyoroti hubungan antara dua rakan sekerja, Yui dan Masugu, dengan penggambaran yang realistik. Dialognya terasa semula jadi tanpa drama berlebihan.

Pendekatan ini menjadikannya berbeza daripada kebanyakan anime romantik lain yang biasanya berlatarkan alam persekolahan. Siri ini sesuai untuk penonton dewasa yang ingin melihat percintaan yang lebih membumi.

7. ANNE SHIRLEY

1b8d08fb 4214 4ce7 9fe9 c5c6530d27ce

Adaptasi klasik Anne of Green Gables kini hadir dengan sentuhan visual moden dan penuh emosi. Anime ini tetap mempertahankan semangat imaginasi serta keteguhan hati Anne. Keindahan visual dan naratif hangat menjadikannya tontonan yang membekas di jiwa.

Sayangnya, pesona tenang anime ini sedikit tenggelam di tengah-tengah populariti anime fantasi dan aksi yang sedang hangat. Namun, ia tetap menawarkan kehangatan nilai keluarga dan persahabatan yang jarang ditemui.

Baca lagi: Giyu Tomioka: Hashira Air Penuh Misteri dan Luka Silam dalam Demon Slayer
Baca juga: ONE PIECE: HEROINES Disahkan Bakal Terima Adaptasi Anime, Fokus Utama Kepada Watak-Watak Wanita