Gabungan Azlan & The Typewriter, Ara Johari Buat Ramai Tertunggu tunggu

Jumaat lepas menyaksikan persembahan kumpulan kedua Suria Duo X, Ezad Lazim dan Aina Abdul yang membawakan lagu duet Sekadar Di Pinggiran.

Ezad Lazim yang membawakan lagu Sumpah, nyanyian asal Aina Abdul berkata bahawa dia gembira bekerjasama dengan Aina Abdul kerana padanya Aina merupakan seorang penyanyi yang berbakat besar. Manakala, Aina Abdul pula membuat sedikit pengubahsuaian kepada lirik lagu Mengintai Dari Tirai Kamar untuk disesuaikan dengan cara nyanyiannya. Bercakap tentang kriteria pasangan duet mereka untuk pentas Finale Suria Duo X, antara ciri-ciri yang dicari Ezad Lazim dan Aina Abdul adalah mereka yang mempunyai suara yang merdu dan menyanyi dengan penuh penjiwaan dan perasaan.

Masih belum terlambat untuk anda merebut peluang menangi sebahagian daripada wang tunai RM10,000 dan menyanyi satu pentas dengan artis Suria Duo X di atas pentas finale Suria Duo X pada 9 Oktober ini.

Bagaimana caranya? Saksikan persembahan Suria Duo X setiap minggu di Facebook Suria FM dan Youtube Suria TV. Layari laman web suria.my/suriaduox untuk dapatkan senarai lagu Suria Duo X. Kemudian, anda hanya perlu rekod ‘cover’ salah satu lagu Suria Duo X yang tersenarai dan muat naik video tersebut di akaun Instagram anda.

Jangan lupa untuk sertakan tag @suriamalaysia dan #suriamalaysia #SuriaDuoX dan #namakumpulanpilihan di ruangan kapsyen. Anda boleh memilih samaada ingin menyertai #teamSyamelXSitiSarah, #teamEzadLazimXAinaAbdul atau #teamAzlanXAraJohari.

Bagaimana pula persembahan daripada artis yang terkenal dengan nyanyian bernada tinggi, Azlan & The Typewriter dan Ara Johari pada minggu ini?

Buat yang ternanti-nantikan persembahan daripada Azlan & The Typewriter dan Ara Johari, pastikan anda menyaksikan persembahan mereka secara langsung di Facebook Suria FM dan Youtube Suria TV pada 18 September ini, jam 9.00 malam.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia.

Sumber: Suria Malaysia

Author: Hidayah Hanatt