Penangan Romantic Dr Teacher Kim 2, Kim Min Jae Tahu Dijodohkan Dengan So Ju Yeon

Pelakon drama popular Romantic Dr Teacher Kim 2, Kim Min Jae tahu dirinya dijodohkan dengan aktres So Ju Yeon. Tidak cepat melatah, sebaliknya Min Jae melahirkan rasa terima kasih kerana peminat memberikan respon sebegitu.

“Selepas melihat respon lakonan kami, ramai yang mengusik dan mengucapkan tahniah kepada kami, tidak kurang juga yang bertanyakan tentang hubungan kami berdua.

“Tetapi apa pun saya berterima kasih kepada mereka yang memberikan respon sebegitu, ini bermakna lakonan kami berdua berkesan sehingga memberikan impak kepada penonton. So Ju Yeon sememangnya seorang pasangan pelakon yang baik,” ujarnya.

Tambah Min Jae lagi, dia dan pasangan pelakonnya itu hanyalah sekadar kawan baik.

“Kami berdua hanya kawan baik. Sebenarnya tujuan foto itu diambil adalah untuk menggalakan peminat menonton drama tersebut.

“Jadi kami hanya mengambil gambar seperti biasa sambil berbincang untuk memuat naik foto apa (bagi tujuan promosi) setiap minggu,” jelasnya.

Terdahulu, Min Jae dan Ju Yeon menarik perhatian peminat selepas memuat naik foto mesra yang menampakkan mereka seperti pasangan bercinta. Tambahan pula lakonan mereka menerusi drama tersebut membuatkan ramai yang menyukai keserasian pasangan ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU

Sumber: Soompi

Author: Arif Farhan