Pelawak Kim Kyung Jin Akan Berkahwin Dengan Model Jeon Soo Min Pada Bulan Jun Ini

Pada 25 Februari, wakil dari label model Jeon Soo Min telah megesahkan kepada pelbagai saluran media, “Jeon Soo Min akan berkahwin dengan pelawak Kim Kyung Jin pada 27 Jun tahun ini.”

Wakil itu turut berkongsi, “Dua bintang yang sebelumnya berjumpa satu sama lain setelah diperkenalkan oleh kenalan mereka, dan dari kawan kini mereka bercinta dan seterusnya akan berkahwin.”

Model ‘runaway’ Jeon Soo Min memulakan kerjaya di Seoul pada tahun 2008 dengan koleksi ‘Jane Song’, kemudian dia mengambil bahagian dalam pertunjukan semasa ‘Minggu Fesyen New York’, ‘London Fashion Week’, ‘Minggu Fesyen Milan’, dan banyak lagi.

Pelawak Kim Kyung Jin pula memulakan kerjaya sebagai pelawak pada tahun 2007, dan kini mempromosikan diri sebagai seorang YouTuber melalui saluran peribadinya iaitu ‘Kim Kyung Jin TV’.

Tahniah untuk pasangan ini yang akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Dah baca jangan lupa like, share dan komen yang baik-bai. Terima kasih

Sumber:allkpop

Author: Sis Korea