BTS Memecah Rekod Dengan Menjual 2.5 Juta Album Dalam Masa Hanya 3 Jam.

BTS telah memecah rekod dengan album comeback terbaru mereka ‘MAP OF THE SOUL: 7’.

Kumpulan itu membuat kejutan di seluruh dunia selepas mengeluarkan MV bagi lagu terbaru mereka “ON” dan baru-baru ini telah berjaya memecahkan rekod menjadi kumpulan yang memperolehi  jumlah pendengar tertinggi dalam jam pertama sejak dikeluarkan!

Mereka juga telah mencatat carta jualan dengan menjual lebih daripada 2.5 juta album dalam masa kurang dari tiga jam.

Seperti yang dijangkakan, netizens telah memberi respon kagum dan menyatakan bahawa BTS berada di tahap yang lain.

Netizens menulis:

“Ini gila.”

“APA?!”

“Saya belum membeli album lagi …”

“Mereka akan mendapat jutaan triple.”

“2.5 juta dalam 3 jam? Crazy.”

“Mereka sangat mengagumkan.”

“BTS betul-betul di dunia lain.”

Dah baca? Tolong like, share dan komen yang baik-baik ye. Terima kasih.

Sumber: Allkpop

Author: Sis Korea