Hebat Betul! Crash Landing On You Catat Rating Tertinggi, Berjaya Pecahkan Rekod Goblin

Drama Korea popular lakonan Hyun Bin dan Son Ye Jin berjudul ‘Crash Landing On You’ telah pun berakhir semalam.

Menariknya, rating bagi episod akhir drama berkenaan telah berjaya mengalahkan drama terkenal Goblin sekaligus mencatatkan rekod tertinggi dalam sejarah saluran tvN.

Menurut laporan Nielsen Korea, episod akhir ‘Crash Landing On You’ telah mencapai sebanyak 24.1 peratus manakala rekod tertinggi Goblin pula adalah 20.5 peratus pada Januari 2017.

‘Crash Landing On You’ sebelum ini mendapat perhatian penonton kerana jalan cerita dan juga keserasian pelakon utamanya.

Terdahulu, disebabkan keserasian mereka, Hyun Bin dan Ye Jin disangka menjalinkan hubungan cinta di luar lokasi. Bagaimanapun perkara itu telah dinafikan oleh agensi masing-masing.

Dah baca, jangan lupa like, share dan komen yang baik-baik ya. Terima kasih

Sumber:Gempak

Author: Sis Korea