JYP Entertainment Dedahkan Kesihatan TWICE Mina Yang Terkini

Agensi TWICE memberi update tentang masalah kesihatan Mina.

Mina sudah berehat (hiatus) daripada melakukan aktiviti bersama Twice sejak Julai 2019 disebabkan simptom anxiety yang dihidapinya.

Namun, Mina masih mengambil bahagian dalam beberapa acara bergantung kepada keadaan fizikal dan mental, dan baru-baru ini, dia tampil di atas pentas bersama ahli Twice yang lain untuk konsert di Fukuoka pada 11 Februari.

Bila ditanya tentang keadaan Mina sekarang, JYP Entertainment memberi komentar pada 12 Februari,

“Keadaan kesihatan Mina sekarang sudah semakin membaik. Aktiviti yang akan datang akan diteruskan dengan pertimbangan yang teliliti terhadap kesihatan Mina.”

Dah baca jangan lupa like, share dan komen yang baik-baik.

Sumber:allkpop

Author: Sis Korea