EXO’s, Sehun Membuat Sumbangan Besar Kepada Sekolah Rendahnya Dahulu.

EXO’s Sehun membuat sumbangan besar kepada sekolah rendahnya dahulu!

Pada 13 Februari, laporan menunjukkan Sehun telah mendermakan 20 juta Won (RM 70,037.40) ke Sekolah Rendah Mangu Seoul untuk digunakan sebagai biasiswa pelajar dimana ia akan diserahkan kepada pelajar terbaik apabila mereka menamatkan pengajian pada 10 Februari lalu. Sekolah ini menyambut sumbangan anggota EXO dengan baik.

Setahun sebelum ini Sehun ada juga menyumbang kepada badan amal untuk kanak-kanak, seperti pusat penjagaan kanak-kanak dan bayi, Eden I Vile. Dia juga setiap tahun akan menjadi sukarelawan di pusat kebajikan kanak-kanak Sun Duk Home pada Hari Kanak-kanak.

SM Entertainment menyatakan, “Nampaknya ini merupakan sumbangan peribadi yang dibuat oleh Sehun.”

Dah baca? Jangan lupa like, share dan komen yang baik-baik ye. Terima Kasih.

Sumber: Allkpop

Author: Sis Korea