Kim Soo Hyun Mengesahkan Drama Pertamanya Selepas Pulang Dari Latihan Tentera.

Bintang Hallyu, Kim Soo Hyun telah mengesahkan ‘comeback’ pertama dramanya sejak tamat dari latihan tentera yang bertajuk “Psycho But It’s Okay.” Merupakan drama Korea terbaru 2020 yang akan dibintangi Kim Soo-Hyun dan Park Shin-Hye.

Kim Soo Hyun telah tamat dari latihan tentera pada 1 Julai 2019, dan sejak itu, telah banyak penampilannya dalam drama seperti Hotel Del Luna dan Crash Landing On You. Bagaimanapun sekarang, beliau telah disahkan untuk memainkan peranan utama untuk kali pertamanya selepas hampir 5 tahun tidak memegang watak utama.

Psycho But It’s Okay’ adalah tentang penjaga wad psikiatri yang enggan untuk dicintai kerana dugaan berat hidupnya, dan seorang pengarang kisah dongeng yang tidak tahu tentang cinta akibat kecacatan sejak kelahiran. Kedua-dua mereka bertemu, dan berlaku kisah romantik seperti fantasi kerana mereka dapat menyembuhkan luka masing-masing.

Kim Soo Hyun telah disahkan sebagai watak utama lelaki dalam drama baru TVN Psycho But It’s Okay, di mana dia akan memainkan peranan Moon Kang Tae, seorang penjaga di kesihatan mental. Dia kehilangan ibu bapanya ketika dia masih muda, dan menjalani kehidupan yang penuh dengan cabaran dalam menjaga adiknya yang mempunyai autisme.

Dia tidak mempunyai impian atau harapan yang mengatakan bahawa hidupnya akan bertambah baik, dan berharap bahawa dengan gaji minimumnya akan cukup untuk memberi makan adiknya dan dalam kehidupannya.

Drama ini ditulis oleh Jo Yong, yang juga menulis Jugglers, dan dihasilkan oleh Park Shin Woo, yang mengarahkan Jealousy Incarnate and Encounter. Drama ini akan disiarkan pada separuh pertama tahun 2020.

Dah baca? Jangan lupa like, share dan komen yang baik-baik ye. Terima Kasih.

Sumber: Koreaboo

Author: Sis Korea