Hubungan cinta Lee Joo Seung dan Son Eun Seo berakhir

SELEPAS hampir dua tahun menjalinkan hubungan cinta, pelakon Lee Joo Seung dan Son Eun Seo akhirnya mengumumkan sudah berpisah.

Menurut laporan Soompi, agensi Son Eun Seo memberitahu pasangan itu mengambil keputusan itu baru-baru ini.

Bagaimanapun, pihak mereka enggan mendedahkan punca perpisahan itu kerana menganggap ia melibatkan kehidupan peribadi aktres tersebut.

Agensi enggan mendedahkan punca hubungan pasangan ini berakhir.

“Lee Joo Seung dan Son Eun Seo baru sahaja berpisah. Kami tidak boleh dedahkan kenapa dan bila hubungan mereka putus.

“Sebab perkara ini melibatkan kehidupan peribadi Son Eun Seo,” kata wakil agensi.

Lee Joo Seung dan Son Eun Seo mula menjalinkan hubungan cinta pada April 2018 selepas menjalani penggambaran filem Showdown 2016.

 

Dah baca, jangan lupa like, share dan komen yang baik-baik ya. Terima kasih

Sumber: MStar

 

Author: Sis Korea