Berkebolehan Dan Bijak Sangat Anak Kang Gary Ni. Comel Tengok Keletah Kang Gary Dan Anaknya.

Buat pertama kali penyanyi rap dan bekas anggota Running Man, Kang Gary mendedahkan wajah anaknya, Kang Hao menerusi program realiti popular Korea, The Return of Superman.

Gelagat Kang Hao menerusi program itu ternyata menarik perhatian warganet apabila anaknya yang baru berusia dua tahun itu sungguh petah berkata-kata.

Tidak cukup dengan itu, Kang Hao juga mengejutkan warganet apabila mengenali jenama-jenama pakaian terkenal.

Momen itu berlaku apabila Kang Hao meminta bapanya mengambil baju daripada jenama tertentu untuk dipakainya.

Selain itu, Kang Hao juga mewarisi bakat daripada Gary dan berkebolehan untuk bermain alat muzik selain gemar menyanyi.

Pihak produksi The Return of Superman juga tidak dapat menyembunyikan reaksi terkejut apabila Kang Hao mengenali jenis-jenis kamera yang digunakan mereka.

Jangan lupa saksikan The Return of Superman, setiap Ahad jam 7.30 malam di KBS World (saluran 391) dan KBS World HD (saluran 392)

Terdahulu, ini merupakan kemunculan semula Gary dikaca televisyen selepas tiga tahun.

Gary sebelum ini tidak pernah mendedahkan wajah anaknya dan hanya merakamkan bahagian belakang atau pun tepi badan untuk dikongsi kepada umum.

Selepas meninggalkan Running Man pada tahun 2016, Gary telah melangsungkan perkahwinannya pada 5 April 2017 secara rahsia tanpa sebarang majlis.

Hasil perkahwinan tersebut, Gary dikurniakan seorang anak pada 17 November tahun yang sama.

Dah baca? Tolong like, share dan komen yang baik-baik ye. Terima Kasih.

Sumber: Gempak

Author: Sis Korea