[Video] Twice Dan Peminat Tak Senang Hubungan Momo Dan Heechul Dijadikan Bahan Jenaka

PEMINAT kumpulan Twice meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan pengacara Shin Dong Yup yang menjadikan hubungan cinta antara Momo dan Heechul sebagai bahan jenaka ketika majlis Anugerah Muzik Seoul baru-baru ini.

Shin Dong Yup yang mengacarakan program hiburan itu dilihat membuat gurauan yang mengatakan Heechul gembira dengan kehadiran seseorang pada majlis itu dipercayai ditujukan kepada Momo.

Heechul bagaimanapun cuba mengelak dengan mengatakan dia teruja untuk bersama-sama anggota kumpulan Super Junior di situ.

Kata-kata Shin Dong Yup ternyata menimbulkan rasa kurang senang apabila ahli kumpulan TWICE dilihat mempamerkan mimik muka menjengkelkan.

Malah Momo yang menjadi mangsa gurauan itu hampir menitiskan air mata.

Untuk rekod, Momo merupakan anggota kumpulan TWICE manakala pengacara majlis iaitu Shin Dong Yup dan Heechul pula popular bersama anggota kumpulan Super Junior.

 

Dah baca, jangan lupa like,share dan comment yang baik-baik. Terima kasih

Sumber:allkpop

Author: Sis Korea