Ini Rupanya Yang Dilalui Choi Woo Shik Untuk Menjayakan Filem Parasite

Pelakon Korea, Choi Woo Shik akui berdebar sewaktu menjalani penggambaran untuk filem popular, Parasite.Berkongsi pengalamannya, Woo Shik berkata watak tersebut memerlukannya untuk bermain dengan emosi.

“Secara jujurnya saya berasa sangat gementar sewaktu penggambaran Parasite. Seolah-olah mempunyai begitu banyak bebanan dan tekanan di bahu saya.“Teringat lagi sewaktu pengarah mula-mula melamar saya untuk Parasite adalah selepas filem Okja. Dia memberitahu saya harus kurus kerana watak Ki Woo memerlukan saya untuk menjadi seorang yang sangat kurus.

“Pada mulanya pengarah tidak memberitahu saya apa-apa maklumat mengenai Parasit kecuali hanya memberikan sedikit petunjuk.

“Tetapi selepas saya mendapat tahu bahawa Ki Woo memainkan peranan yang sangat penting dalam keluarganya, saya hampir menangis kerana ia begitu emosional.

“Apabila saya membaca skrip… Ternyata sangat menakjubkan! Tak kira sama ada dari segi jalan cerita mahu pun watak, semuanya hebat!” jelasnya.

Selain Choi Woo Shik, Parasite juga dibintangi oleh Park So Dam, Lee Jung Eun, dan Kang Ho.

Terdahulu, Parasite telah mencatatkan sejarah tersendiri selepas meraih kemenangan bagi kategori barisan pelakon terbaik (Best Cast) di Anugerah Screen Actors Guild Awards (SAG) 2020.

Kemenangan itu sekaligus membuatkan filem sutradara Bong Joon Ho itu menjadi filem berbahasa asing pertama yang mendapat penghargaan dalam kategori tersebut.

Parasite juga telah meraih pelbagai anugerah berprestij dan antaranya di The Palme d’Or di Cannes Film Festival.

Dah baca? jangan lupa like, share dan comment yang baik-baik ya. Terima kasih

Sumber: Gempak

Author: Sis Korea