Sedihnya! Rupanya Ini Sebab Sebenar Mengapa Sunmi Menjadi Artis.

 

Menyedihkan. Artis solo kesayangan semua orang rupa-rupanya pernah mengalami masa silam yang tragis yang kini membawa dia ke arah kejayaan.

Kebanyakan artis di Korea, memilih untuk menjadi bintang K-Pop adalah disebabkan ibu-bapa mereka, begitu juga lah Sunmi. Walaubagaimanapun, sebab sebenar keputusannya untuk menjadi artis ialah ayahnya yang tidak sihat dan cerita ini sungguh menyayat hati.

Kesihatan ayah Sunmi sangat teruk ketika dia hanya berusia 11 tahun. Ayahnya memerlukan  oksigen penafasan (mesin) untuk bernafas di rumah. Bila, keadaannya semakin teruk, ayahnya perlu dipindahkan ke hospital.

Ketika itu, Sunmi tinggal bersama dua orang adik lelaki dan ayahnya. Apabila ayahnya tidak lagi mampu menyara keluarga, Sunmi mengambil alih tugas ayahnya dan menjadi ketua keluarga.

Dengan masalah kewangan yang dialami, Sunmi tahu yang dia perlu mencari kerja. Cikgu-cikgunya menyuruhnya menjadi guru, tetapi Sunmi tahu untuk mencapai matlmat itu dia memerlukan 10 tahun sekurang-kurangnya- dan dia memerlukan duit sekarang.

Sebagai seorang kanak-kanak, Sunmi hanya tahu cara untuk mendapat duit dengan cepat ialah dengan menjadi artis. Terinspirasi dengan BoA, yang seedang terkenal ketika itu, Sunmi mengambil keputusan untuk menyertai ujibakat dengan menaiki bas.

Akhirnya, ketika berusia 14 tahun, Sunmi berjaya dalam ujibakan JYP Enertainment dan memulakan hidupnya menjadi pelatih. Disebabkan dia perlu belatih di Seoul, Sunmi harus meninggalkan adik lelakinya yang baru berusia 10 dan 12 tahun – untuk menengokkan ayahnya.

Dia tahu yang adik- adiknya susah dalam menjaga ayahnya, tetapi berlatih lebih sukar untuk Sunmi yang masih muda. Ayahnya masih banyak bergantung kepada Sunmi, dan selalu merungut, tetapi walaupun dia mencuba untuk menjawab mesej ayahnya, kadang-kadang ia menjadi sukar.

Pada suatu hari, Sunmi menerima satu mesej baru dari ayahnya yang bertulis, “Ayah akan pergi dulu”. Ketika itu Sunmi hanya ingat yang ayahnya merungut, dan dia tiada tenaga untuk membalas balik mesej itu. Tetapi menyedihkan, rupa-rupanya itu adalah mesej terakhir yang diterima Sunmi oleh ayahnya yang pergi ke dunia lain keesokkan harinya.

Paling menyedihkan perjalanan Sunmi yang hanya tinggal 3 bulan sahaja lagi sebelum dia debut bersama Wonder Girls. Tetapi apakan daya, ayahnya tidak sempat untuk melihat Sunmi mencapai matlamatnya.

Apabila dia pulang ke rumah setelah menghadiri pemakaman ayahnya, Sunmi membaca surat dari ayahnya yang sangat menyedihkan :

“Tolong lahir di dunia ini sebagai anak ayah lagi di kehidupan seterusnya”

Sunmi merasa ralat dia tidak membalas mesej ayahnya, tetapi dia meluahkan perasaanya yang dia baik- baik sahaja sambil menceritakan tentang keluarganya sekarang. Dia juga menghantar satu video untuk ayahnya, memberitahu ayahnya yang dia akan selalu buat yang terbaik untuk adik-adiknya.

 

Dah baca? Jangan Lupa Like, Share dan Comment Yang Baik-Baik ye. Terima Kasih
Sumber: Koreaboo

Author: Sis Korea