Tak Sangka Oppa Jee Seok Jin Memilih Lagu Bahasa Melayu Untuk TikTok. Lihat Hasilnya!

Ahli program running man pun layan lagu melayu la..

Trend memuat naik video TikTok sambil menyanyikan lagu berbahasa Melayu sama ada dari Malaysia mahupun Indonesia sudah semakin digemari ramai.

Ia bukan saja popular dari kalangan masyarakat di negara kita dan Indonesia. Malah popular juga  warga TikTok dari negara asing turut tak terkecuali, termasuklah ahli program Running Man, Jee Seok Jin.

Hari ini, selebriti Korea Selatan berusia 53 tahun itu membuktikan usia hanyalah angka apabila beliau turut sama terjebak dalam trend TikTok.

Video yang kini viral di Twitter itu menampakkan oppa Seok Jin menyanyikan lagu Izinkan – sebuah lagu Indonesia yang dipopularkan oleh Thomas Arya dan Iqa Nizam.


Jee Seok Jin via Tik Tok 

Menariknya, cara Seok Jin menggerakkan mulut (miming) kepada lagu tersebut cukup on-point walaupun beliau tidak mengetahui makna lirik yang dinyanyikan. Memang terbaiklah

Aduh, terhibur sekejap!

Trend TikTok sudah semakin popular sehinggakan pengusaha elektronik Korea Selatan, Samsung juga telah mengeluarkan TV Samsung Sero yang boleh menegak untuk peminat TikTok dan IGTV.

Jangan lupa like, share dan komen yang baik-baik ye. Terima Kasih.

Sumber: Remaja

Author: Sis Korea