Akhirnya ‘Cinta’ Yeri Red Velvet Berbalas Juga

Yeri seperti yang diketahui telah lama menjadi penggemar berat Ariana Grande. Ahli termuda Red Velvet ini sering menyebut Grande sebagai penyanyi idolanya.

Yeri Red Velvet dalam Google Play video pada Julai 2019 menyatakan,

“Saya sayang Ariana Grande. Saya betul- betul ingin bertemu Ariana Grande sebelum saya menghembuskan nafas terakhir saya. Saya sudah meminati awak (Ariana) sejak saya di sekolah menengah lagi. Saya harap awak (Ariana) akan sedar kewujudan saya suatu hari nanti.”

Baru- baru ini, Ariana telah menyiarkan sekeping gambar bersama BTS di Instagramnya, dan Yeri memberi satu komen yang tertulis, : “Aku iri hati kepada mereka (BTS) Ari.”

Setelah itu, Ariana Grande membalas kepada Yeri: “Tak sabar untuk memelukmu suatu hari nanti,”

Akhirnya, Ariana telah menyedari Yeri! Tahniah Yeri!

Dah baca? Jangan lupa like, comment dan share ye.

Sumber: Allkpop

Author: Sis Korea