Wah! Papan Tanda Di Korea Kini Dah Ada Dalam Bahasa Melayu

“Hebatnya! Bahasa Melayu kini dimartabatkan di bumi Korea” – itulah antara coretan rasa bangga yang diberikan oleh warganet terhadap sebuah papan tanda yang memaparkan tulisan Bahasa Melayu di negara tersebut.Berita gembira itu dikongsi oleh seorang pelayar Facebook, Zakaria Azizi baru-baru ini sebelum menjadi tular di laman sosial.

Menurut Azizi, disebabkan kebanjiran pelancong Nusantara terutamanya dari Malaysia ke negara berkenaan, kerajaan Korea mengambil inisiatif dan berbesar hati meletakkan papan tanda dalam Bahasa Melayu untuk memudahkan pelancong.

Papan tanda tersebut diletakkan di beberapa stesen kereta api bawah tanah (subway) yang menjadi kawasan tumpuan pelancong antaranya Namsan dan Itaewon.

Selain Bahasa Melayu, tulisan seperti bahasa Inggeris, bahasa Jepun, bahasa Mandarin turut terpapar di papan tanda berkenaan.

Antara lokasi dan jalan yang diterjemahkan dalam Bahasa Melayu seperti, perhentian bas ulang alik Namsan tempat perhentian Namsam, teater Myeong-dong, Masjid Besar Seoul dan jalan perabot antik Itaewon.

Ternyata perkongsian itu berjaya menarik minat warganet untuk melancong negara berkenaan selain memuji kesungguhan dan inisiatif yang dilakukan oleh Korea Selatan.

“Wah, di Korea Selatan disebabkan ramai orang Malaysia/Indonesia ke sana, sampai dah ada papan tanda dalam Bahasa Melayu,” komen @poppelangi

“Bangga jumpa papan tanda Bahasa Melayu, ada satu lagi dekat Nami Island. Ambil juga gambar sebagai tanda kenangan,” tulis @mimihaiza
Terdahulu, Korea Selatan merupakan antara negara yang digemari oleh rakyat Malaysia untuk dilawati.

Dah baca? Jangan lupa like, comment dan share ye. Terima Kasih

Sumber: Gempak

Author: Sis Korea